BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Ahad, 30 September 2012

We ---> H.I.K.I.N.G?? (^_^)

Assalamualaikum... :)

Bertarikh 29 September 2012

Jam 5.30petang hingga 7.00 malam…
Kami ber’HIKING’
Di manakah???
Di Bukit Malau, Jitra! (^_^)
*1st time mengetahui kewujudan bukit ni sebenarnye*

Bersama Abang Harith, Fatin, Kak Farah dan Kak Sarah…
Akak2 tu kenalan wataniah a.harith..
Diorang baek!
Saya suke!! :D hehehe..

Ceritanya macam ni :

a.Harith ajak secara tetiba,
Memang boleh kata nak terkejut badak pun ada petang tu.. haha..
Tapi Alhamdulillah keputusan secara tiba2 itu pun memang memberi pengalaman bermakna
Tak pernah2 terfikir nak beraktiviti extreme ptang2 sabtu nie.. :D



Memang dah terlalu lama tak berhiking sebenarnya…
Kali pertama dan paling last mungkin tingkatan 2 kt N.Sembilan dulu…
Kire ni 2nd time la..
Punyerlah tak banyak pengalaman dalam hidup sy ni kan??.. huhu..
Sebab tu la saya perlu :




Cuma jungle trekking  je yang selalu dulu
Paling last tingkatan 4 :D
Dan sememangnya ni pengalaman pertama mendaki secara suke2…
Sebelum ni lebih kepada dipaksa..
Err… Dipaksa tapi suke! :D
Sebab anjuran pihak sekolah @ kem di mana-mana….
Sebab~ memang suka xtvt lasak..
Tapi kalau selalu tu, memang TAK lah!! Ahahaaha.. :D

Dan pukul 5.30 petang tu pun bermulalah perjalanan kami menuju ke Bukit Malau
Kami pergi dengan kereta akak Sarah ^_^

Bila dah sampai, agak kecut perut jugak sebenarnya..
Dalam hati :
“Isy.. biar betol nak daki nie?? Curam semacam je….Tak pergi kuliah aq besok ni” kih3…
Tapi, rupa2nya , kami ikut track laen..
A.harith la yang jadi pemandu kami… :D
Kalau ikut track yg 1st skali tu, memang curam yang amat..
Dan kata a.harith,
“kalau nak adventurous lg, cuba la yang tu”
OHHHHH~~~ memang TAK la!! Kih3…

So, dengan lafaz BIsmillahirrahmanirahim
Err~Lupe nak tengok jam,
Akhirnya bermula episode “Pendakian secara suke2” dalam hidupku.. hahaah..
Memang tak pasti dalam berapa lama kami mendaki..
Setengah jam kah? 15 minit kah?
Memang tak diketahui.. hehe…
Nak kata letih sangat tu, takdelah.
Cuma lebih kepada panas sebab berpeluh..
Tapi best giler!!!
Sebab dah lama sangat tak maen yang lasak2 ni~~ kih3… (^_^)

Ondaway kami mendaki tu,
terserempak lah dengan uncle2, pakcik2, auntie2 yang turut same mendaki..
Tapi, diorang dah nak turun pun..
Memang sangat kagum!
Sebab~~ dalam usia sebegitu, masih gagah lagi nie..
“Saye yang tak masuk 19 lagi ni pun rase cam dah nak semput semacam je, pakcik”.. kih3…(^_^)
Kata a.harith lagi..
“Hiking ni lagi baek dari bersenam kt gim”
Jadi~jom HIKING!!! (^_^)

Jalan punyer jalan~
Daki punyer mendaki~
Akhirnya sampai jugak ke akhir destinasi.. kih3.. (^_^)
Bila dah sampai kat bahagian puncak..
Satu perasaan yang dipanggil K.E.P.U.A.S.A.N!! hehee..

Perasaan lak???
W.A.H.H.H!! Cantiknye…
Subhanallah!! :D
Kalau duk sorang-sorang kat situ, boleh tenggelam melayan perasaan.. kih3…
Angin sepoi-sepoi bahasa tueee…
Seluruh Jitra kot kami tengok! :D

C.A.N.T.E.K.K!! (^_^)
Tapi tak nampak IPDA kesayangan dari sini.. hehe..

Lama jugak duk berhenti kat situ…
Posing2, snap pmandangan dan lepaskan lelah…



Dan akhirnya dalam pukul 6.30 KOT..
Kami pun mula turun…
Gune track laen lagi..
Sebab track yang ni agak L.A.N.D.A.I~
Kalau gune laluan tadi, memang kbimbangan tak sampai IPDA lg malam tue… :D

Sampai bawah pun, duk posing2 lagi.. hehe..
Biasalah~ *gila camera* kih3… :D
Tapi maafla, xdapat nak dipost di sini..
Kiter kongsi-kongsi gambar pemandangan je ye??? :D




*Sempat snap ondaway turun* :D

Lepas dah habis buang segala ‘lemak berkrim’ kat kasut
*tanah kat sane agak lembap sebab musim cuaca tak menentu ni kan*
Kami pun memulakan perjalanan pulang ke IPDA..

Alhamdulillah.. dalam 7.15 sampai di IPDA…
hehe..iyer.. wktu mghrib… kih3.. :D

Sememangnya pengalaman ni sangat bermakna!
Kalau a.harith xajak join, memang sampai bila tak dapat kenal Bukit Malau ni..

Pengalaman yang cukup bermakna kerana :
-Mengenali lebih mendalam tentang Jitra!
-Dapat kenal akak2 yang baek (nnti ad rezeki, jumpe lg ye kak! :D)
-Pengalaman ‘mendaki bukit secara suke2’ ni tanpa dipakse2
-Menghayati kebesaran Tuhan (^_^)
*Dari atas sane dapat tengok segala gunung-ganang taw* :D
Dan akhir sekali
-Bukan senang saya ni nak turun riadah petang2 sebab duk dpan laptop je memanjang hehehe...:D
*Kalau gitaw kawan2 lama ni, memang punyer tak percayer la*
Almaklumlah, nak berkawad pun punyer la banyak bagi alasan.. kih3...

Juga sekurang2nya terubat jugak rasa sedih dalam hati nie.
Sebab family kat rumah duk best attend hari keluarga Majlis Guru Besar Daerah hari tu..
Jeles ni!! (^_^)
*Dengar citer my adik bongsu kesayanganku tu dpt johan sukaneka.. hehe..*
Akhirnya, kesedihan itu terisi dengan aktiviti extreme sebegini..
Terima kasih a.Harith! :D


balik2 bilik je, terus makan ubat 'Arnica  6'!
Pesan mak : Kalau ada buat xtvt lasak, makan terus ubat tue..
Agar tak sakit-sakit badan..
Dan Alhamdulillah bangun pagi esoknyerrr..
TAK SAKIT PUUUUNNN!!! (^_^)

Sesiapa yang berminat nak HIKING kat sane, amat dipersilakan..
Riadah tu…
 “BAEK UNTUK KESIHATAN”.. :D

~Sekian~

--> Assignment last sudah dihantar!! (^_^)
Alhamdulillah...
Fokus seterusnya : K.U.I.Z bakal menyusul!! :D

p/s: (HARITH) : pada hari ini kita melihat keindahan sebegini di hadapan mata...SUBHANALLAH, indahnya alam ciptaan Allah, pokok-pokok menghijau, proses fotosintesis menghasilkan oksigen sebagai bekalan udara untuk manusia, bukit dan gunung yang teguh mencengkam muka bumi...Ya Allah, berikanlah kesedaran pada setiap makhluk bergelar manusia supaya memelihara khazanah alam ini, mudahan terus mekar untuk diwariskan kepada generasi akan datang... [SYUKURI NIKMAT PEMBERIAN ALLAH]
 Jangan dilupa tubuh badan kita. Jaga kesihatan yang Allah kurniakan. Jangan kita leka dan alpa, sesungguhnya nikmat sihat tubuh badan [dan nikmat-nikmat lain] yang diberi boleh ditarik bila-bila masa sahaja...persoalannya, sampai bila kehijauan ini akan kekal? dan adakah kita akan kekal sihat sentiasa? fikir-fikirkanlah...


0 comments: