BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Selasa, 2 Oktober 2012

Awak~Jom Berubah! ^_^


Assalamualaikum..

Teringat kembali kisah yang berlaku hari Jumaat yang lepas..

Waktu tu, saya dan sorang kawan, cik wawa, keluar pergi Klinik.
Kami keluar pulak waktu orang pergi Solat Jumaat..
'Hurm~Apa yang dapat kami simpulkan di sini, ramai juga kaum Adam yang tak pergi Solat Jumaat ni'..
Siap ada yang duk Dating lagi..
Ish3.. Kalau saya, dah lama REJECT buat calon suami!

Ok~~ Tu kisah selingan jer..
Berbalik kepada tujuan asal entri ditulis.
Waktu kami duk makan-makan kat sebuah kedai nie..
Tiba2 lah lalu sekumpulan gadis2 Melayu yang err~ MENAWAN??..
Tapi MasyaAllah, diorang punyer pakaian..
Ala-ala KPOP tue!!! Kalau boleh, seMINI boleh nak pakai dress..
Jadi, mata-mata si lelaki yang duk depan kami ni pun apa lagi~
Sikit lagi mata tu nak keluar jatuh dalam nasi..
Dalam hati :
“Isy.. mamat ni.. dah la tak pi solat Jumaat, pulak tu tengok anak dara orang macam nak telan”
Tapi betol~Sampai ke sudah ekor mata dia tu duk ikut gadis2 tu jalan…
Tapi,sememangnya tidak dapat disalahkan 100% kepada mamat tue..
Dah namanya lelaki… Memang err~GATAL sikit! Haha.. Maaf3x!!! ^_^..
Jadi, wahai kaum perempuan…
Pleaselah JAGA DIRI sikit,nak-nak bab PAKAIAN nie…
Sebab :

“Dari PAKAIANMU itu terserlah KEPERIBADIANMU”

Persoalannya kini, Kenapakah perlu berbuat demikian???
*punyerlah ayat karangan!hehehe.. ^_^*

~MENJAGA MARUAH DIRI~


Kawan-kawan..
Maruah diri itu tersangatlah penting..
Apa lagi bagi mereka yang bergelar PEREMPUAN..
Bila dah pakai agak TAK menutupi..
Ramai la mereka yang suka nak kacau..
Lalu sana sini mesti ada la yang duk usha kat tepi
*macam dah takde kerja laen kan??*
Kalau saya, memang sikit lagi nak bagi pelempang
*ceh~konon~macam la berani sangat kan? Hehe*

TAPI... BETOOOLL~~
Maruah diri  yang tinggi menajadikan kita dihormati!
Maruah diri yang terpelihara menjadikan kita selamat di mana jua!

Mengamalkan sifat MALU juga salah satu menjaga harga dirimu.
Kerana MALU pada DIA, hamba-hamba~NYA TAKUT untuk berbuat DOSA.
Kerana MALU pada MANUSIA, mereka MENJAGA BATAS-BATASnya.
Kerana masih ada MALU, dia TERSELAMAT daripada AZAB~NYA. 

~MARUAH IBU BAPA~

“Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya”
Masyarakat akan mudah memberi konklusi
“Isy3… Ni mesti mak bapak diorang tak jaga betol2 ni”
Haaaa~tengok… tak pasal2 nama mak ayah terpalit sama..
Anak yang baik pasti sentiasa menjaga air muka ibu bapa mereka walau di mana pun berada

Kita pastinya :


Baca tak statement lam gambar ni??
Haaa~~Renung2kan dan selamat beramal..
Ayah dan abang2, InsyaAllah diriku akan sentiasa berjaga-jaga ^_^

*Tapi kadang2 ada jugak mak ayah yang duk bagi anak2 perempuan umur 4, 5 tahun pakai baju berfesyen yang bukan-bukan..
Hey! Tak suka! Tak suka! Jangan ajar macam tu~
sebab MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA kan??.. :)

~KEMATIAN ITU SATU KEPASTIAN~

Mati itu tidak mengenal usia
Oleh itu, selagi bernyawa, tingkatkan AMALAN, jauhi KEMUNGKARAN!.


Haaa~satu lagi, bukan asyik duk fikir pasal JODOH je kan?
Sampaikan kita lupe AJAL MAUT juga RAHSIA TUHAN (^_^)

Seperkara lagi :
~BILA AURAT KITA ALHAMDULILLAH DAH DIJAGA, JANGAN LUPA UNTUK TURUT SAMA MENJAGA AURAT ORANG LAIN JUGA~

Maksud saya..
kalau ada nak diupload gambar2 bersama rakan-rakan tu, tengoklah aurat kita dan kawan-kawan tu dah SEMPURNA ditutup ataupun sebaliknya..

BUKAN TUE JERR~~
Kadang-kadang DP facebook @ mane2 akaun laman sosial tu pun perlu dijaga.
Yela…Mana tahu kita ni memang tak letak gambar kita..
Tap kita kadang2 letak gambar artis2 kegemaran kan?
MAcam KPOP GIRL yang comel2 tu..
*hehe.. macam saya dulu*
Tapi Alhamdulillah, masih ada insan yang sudi memberikan teguran buat saya
Teguran chat inbox yang berbunyi :

“Tukarlah gambar profil tu, selain menampakkan aurat sendiri, menampakkan aurat orang laen juge akan medapat dose.. kalau dah minat tu, cukuplah sekadar layan dalam laptop aje :) “

-hehe.. TQ my abang, Amir .. Sampai ke hari ni, tobat tak buat lagi.. (^_^) 


Sejujurnya, sangat suka mereka yang boleh menegur salah silap saya.
*Tapi~ Tegurlah secara berhemah yer…* :D

Silapnya saya kerana :
Saya tahu sesuatu itu tidak membawa kebaikan
Saya tahu sesuatu itu boleh membawa kepada dosa dan kemudaratan
Tapi. Saya tetap dengan sifat DEGIL tak dapat nak hilang! :D..
JADI saya minta:
Tegurlah saya di saat saya lalai dan leka
Tegurlah saya di saat hati ini tidak takut melakukan dosa
Tegurlah saya di saat saya terlupa akan azab di akhirat sana (~_~)

Akhir kata
Usah ditunggu untuk melakukan penghijrahan dan perubahan!
Usah takut meninggalkan perkara yang boleh membawa kita ke arah kebinasaan!
Ayuh RAKAN-RAKAN kita mulakan langkah demi langkah ke arah KEBAIKAN!
AYUH jadikan kekhilafan semalam sebagai KISAH SILAM yang boleh dijadikan PERINGATAN!
^_^

Setiap orang pasti mempunyai sejarah silam
K.E.R.A.N.A :
Setiap orang pasti tidak terlepas daripada membuat KESILAPAN
Kita TIDAK layak untuk TIDAK memberi peluang kepada mereka(termasuk diri saya) untuk berubah ke arah kebaikan
Bahkan kitalah yang sepatutnya menjadi insan yang tidak pernah berhenti memberikan BIMBINGAN dan DORONGAN kepada rakan-rakan! ^_^


JOM RAKAN-RAKAN, KITA BERHIJRAH! (^_^)

~Sekian~
--> Maaf ye andai entry kali ini agak menyinggung perasaan.
Tak salah untuk kita saling memberi peringatan :)
Harap jangan dibanding beza entry ni dengan diri saya.
Sesungguhnya, saya juga masih banyak cacat celanya..
Dan masih terlalu jauh menggapai ukuran Muslimah yang sewajarnya
Tapi.. saya sedang mencuba dan InsyaAllah akan terus mencuba
Doa-doakanlah yer.. (^_^)
Terima Kasih S.A.H.A.B.A.T!! :D

0 comments: