BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Rabu, 3 Oktober 2012

"Mak,Ayah....saya nak kahwin!!"

Assalamualaikum....

WOW!!! banyak entry blog yg si adik Izzah ni dah pos...sedangkan saya baru entri pertama,haha.

Banyak masa dihabiskan untuk belajar guna Adobe Flash CS5.5..ingatkan senang, rupanya.. =,=" 




TAPI~~~ usaha tangga kejayaan, ilmu apa pun kalau nak dapat kena belajar dan amalkan, 
betul tak?? ^,^


FUH!! 
PANAS TAJUK KALI NIH!! SENGAJA DISASPENKAN, HAHA. ^_^

Okeyh, sebelum diteruskan lagi, satu persoalan dilontarkan buat pembaca.
"SEHINGGA KE HARI INI, "SIAPA" WANITA BERGELAR IBU/EMAK/UMMI/MAMA/BONDA KEPADA ANDA?"

Gambar hiasan,hehe


"Eh,mestilah orang yang lahirkan kami!" 
 Ya,mereka insan yang lahirkan kita, memelihara kita semenjak kita lahir sehingga ke akhir nyawa mereka. 

NAMUN
apa yang saya maksudkan adalah jauh lebih mendalam.
 

DI MANA KEDUDUKAN IBU DALAM KEHIDUPAN  KITA? 
DALAM INGATAN KITA?? 
DALAM HATI DAN JIWA KITA???



adakah  hanya wanita yang melahirkan?
yang menanti masa untuk ditinggalkan tatkala anak sudah berjaya dan mempunyai kerjaya??



"EH,MANA ADA! KAMI TELEFON EMAK SELALU! "

sabar.....jangan cepat melatah,hehe...
ALHAMDULILLAH....
tahniah kepada yang tidak pernah lupa akak ibu bapa di kampung.Jangan pula hanya berhubung sebab nak minta wang belanja semata-mata! :P


Sebagai seorang anak, memang tak patut kita lupakan ibu dan ayah biarpun kita jauh dari mereka. Sekiranya ada yang menghalang untuk kita kerap berhubung, (misalnya esok nak hantar assignment harini baru nak buat kan,haha), setidak-tidaknya mesejlah ceritakan keadaan kita kepada ibunda dan ayahanda tercinta. Hah, nak mesej tunang, bini, kawan-kawan boleh tapi nak contact mak ayah sendiri banyak pula kerenah yer? hehe...peringatan buat semua termasuk penulis. ^_^ 

TERUTAMA BUAT LELAKI, IBU TETAP YANG UTAMA BIARPUN DAH ADA ISTERI DAN ANAK-ANAK KELAK, INGAT!! 
(keluarga bahagia adalah keluarga yang mendapat restu ibu bapa)




"SYURGA BUAT KAMU (LELAKI) ADALAH DI BAWAH TELAPAK KAKI IBUMU"

Tengah rancak menaip ni, teringat apa yang pensyarah saya cakap. 

"Nak contact girlfiriend/boyfirend tanya 'buat apa', 'dah makan belum', MEMBAZIR! sedangkan mak ayah kita yang bela kita, jaga kita dari kecil bertahun-tahun dah sampai sekarang. Sedangkan boyfriend / girlfriend kamu tu bukan mahram kamu. Dahla membazir, berdosa pula tu!" 
- Puan Hjh Laila Kasma bt Haji Hussain. 

ada yang 'terpukul'?? hehe...sabar-sabar.... ^_^



betul apa yang diutarakan Puan Hajah Laila Kasma....gejala sosial anak muda yang semakin meruncing pada zaman kita...apabila berkasih, ibu bapa diketepikan,kekasih yang didahulukan sedangkan siapa mereka?? orang asing yang baru kita kenali (walaupun 3-4 tahun kenal, baru lagi la dibandingkan emak ayah yang dah berbelas, berpuluh tahun kenal kita, ye dok? ^_^ ) 

"Mak nak siapkan tempahan kuih ni, tolong emak jahitkan baju sekolah adik kamu tu yer?"
"ala....mak ni, orang baru nak kuar dengan mamat..kacau betulla.."

~amboi~~....menjawab nampak? =P tapi itulah hakikat yang berlaku di rata-rata tempat pada hari ini. Bahkan, mungkin dalam kalangan manusia di sekitar kita sendiri. 

Berbalik kepada isu utama, 

SIAPA  EMAK DAN AYAH DALAM HIDUP KITA?

Haa....di sini sama-sama kita perjelaskan. Ramai daripada kalangan kita tersilap membuat percaturan. Tak apa, masih sempat untuk membetulkannya. ^_^

"Kami nak mengadu pada siapa, emak ayah jauh, bukan boleh datang jumpa kami.."

Alahai dinda dan kanda.... B-)

Tak perlu susah-susah habiskan wang untuk topup berpuluh malah beratus ringgit untuk insan yang bukan mahram buat kita.



ALLAH KAN ADA UNTUK KITA MENGADU?

hehe...lagi satu, nak tahu tak, mengadu atau berkongsi cerita/masalah dengan mak ayah lebih berkat...biarpun mak tak dapat datang jenguk kita, peluk kita, dakap kita, doa dan redha seorang ibu dari kejauhan itu JAUH SANGAT MUJARAB SEBAGAI PENAWAR sekiranya kita berduka atau sedih.

Nih contoh cerita daripada sahabat yang boleh saya kongsikan di sini.

Mesej si anak: 
Kadang2 seorang lelaki nampak cool dan bersahaja macam tiada apa-apa yang berlaku walaupun sebenarnya macam-macam diperkata sekitarnya, sedangkan kisah sebenar hanya tersimpan rapi di dalam hati.tp hakikat gelodak hati hanya Allah yg tahu..harini sangat mencabar buat anakanda, 4 jam dinding kesabaran dihentam, berdesing telinga apabila ada yang mengungkit atau bercerita ibarat menyindir..anakanda masih act cool dan tseenyum+ketawa tanpa segaris pahit di wajah..doakan anakanda terus kuat yer bonda? kan maksud nama anakanda kuat dan berusaha? hehe."

 Ibu membalas:
thats great my son!! Our Rasulullah SAW is the best idol.May Allah bless you! 

 sahabat saya yang dilihat muram dari tadi, tiba-tiba sahaja hyper semacam. Apabila ditanya, diceritakan kepada saya kisahnya....terbukti, doa dan kata-kata ibu dari jauh pun boleh ubati duka kita. Kata-kata ibu walaupun hanya dalam mesej, dapat dirasa belaian beliau bukan?? Jadi, buat apa nak mengadu pada orang lain?? selagi mereka masih ada,bermanjalah secukupnya,hehe. Jangan pula bila gatal nak menikah baru nak bermanja yer!!
 (hah,baru dikaitkan dengan tajuk,kih3) ^_^

Anak kucing yang dah besar pun manja lagi dengan ibunya, mengapa tidak kita?


Jadi, wanita yang bergelar ibu bukan sahaja insan yang melahirkan kita, tapi anggaplah ibu sebagai sahabat dan teman paling istimewa, bukan sahaja dapat ketenangan jiwa, masalah pun cepat selesai dan tak pening kepala..DAPAT PAHALA LAGI TU... ^_^

haaa...kemain akrab lagi dua beranak ni kan? ^_^


SIAPA  PULA EMAK DAN AYAH DALAM INGATAN KITA??

kalau dah tak boleh nak berhubung sebab terlalu aktif sampai nak makan pun tak sempat, cukupla untuk tidak lupa akan pesanan mereka untuk tidak tinggalkan solat 5 waktu. Mesti mak ayah 
tak pernah lupa untuk berpesan tentang solat sejak kita kecil bukan? ^_^



selesai solat, berwiridlah, dan jangan lupa doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita. Sejak kita belum dilahirkan sehingga kita dewasa kini, mereka tidak pernah lupa memikirkan kita,mendoakan kita dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan kita. Kenapa tidak kita turut berikan kebahagiaan buat mereka? 

 
Kebahagiaan paling bermakna buat ibu bapa adalah apabila anak-anak yang dipelihara dan dibimbing semenjak lahir membesar menjadi hamba Allah yang taat pada agama dan berjaya dalam kehidupannya. Paling mudah, selalulah jenguk dan hubungi mereka, pasti mereka akan berlapang dada dan tersenyum gembira. Tak percaya?? cubalah, sama-sama kita amalkan, hehe.

 


akhir sekali,

SIAPA MEREKA DALAM HATI DAN JIWA KITA???
Saat kita gembira, acapkali kita terlupa akan mereka. Tetapi, saat kita berduka atau kesakitan yang teramat, perkataan yang pertama yang meluncur keluar dari mulut kita adalah "emak...ayah..." Dahulunya, anak-anak tidak henti-henti merengek dan berdamping dengan mereka, mengadu dan bercerita segalanya kepada mereka....tetapi, apabila semakin menganjak remaja, semakin jauh kita menghindar...kenapa?? kenapa kita tidak semakin mesra?? malah berkasar pula dengan mereka...na'udzubillah..mudahan dijauhkan daripada sifat sebegitu rupa. Adakah mereka hanya diperlukan saat kita kesusahan? Tidak!! mereka juga merindukan kita. Jadi, mulai sekarang, "tune" frekuensi kita, utamakan ibu dan bapa, baba dan nyonya, papa dan mama, daddy dan mommy, emak dan ayah kita. Semakin hari usia mereka semakin jauh meninggalkan kita. Selagi mereka masih bersama-sama kita di alam nyata, hargailah mereka sebaiknya. Biarkan mereka yang menyindir dengan gelaran anak manja. Sebenarnya mereka CEMBURU melihat keakraban kita dengan keluarga. Tunggu apa lagi!! Ambil telefon bimbit sekarang, dan hubungi mereka! tanyalah khabar, dan luahkan segala cerita...

JANGAN PULA KITA YANG HANCURKAN HATI MEREKA....
JANGAN PULA DISEBABKAN KITA, MEREKA MENGALIRKAN AIR MATA LUKA...



SEkian, jumpa lagi nanti!! ^_^ RINDU EMAK DAN ABAH>>hehe...
 


3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Besa la bro..dunia skrng ni dh bdrubah..tp ibu bapa msty first

naza berkata...

assalamualaikum..mabruk.. blog yang awesome.. keep up the good word.. uslub dakwah yg sngt comel..

Harith bin Sukri berkata...

betul, mak ayah mesti yg utama. :) kita lelaki lagi la kena beringat, hehe...