BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Ahad, 7 Oktober 2012

Marah Itu Fitrah Manusia~Sabar La


Assalamualaikum..


Amboii.. Amboi… Amboi..
Marahnyerr dia ye??… ^_^
Sabar~Sabar~Sabar…..

Kawan-kawan,
Balasan yang baik dijanjikan di akhirat kepada sesiapa yang berjaya menahan marahnya.
Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.
 “Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah s.w.t. akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.

Kawan-kawan,Saya juga rasa malu dengan kekhilafan dulu..
Sebab saya memang seorang yang garang dulu..
Pantang diusik, pasti dah kene ayat berbisa berbakul-bakul~
Tapi lama kelamaan.. usia itu mematangkan fikiran kan?..
Dan fikiran terus menerus diasak dengan persoalan :
SAMPAI BILA NAK JADI CAMNI?? CAKAP SIKIT MULA NAK MELENTING..
Dan Alhamdulillah.. kini saya dah baek dah.. tak garang lagi
*perasan!* hahaha.. :D



Terkadang bila orang melihat kita sebagai periang, 
mereka terlupa yang kita juga punya hati dan perasaan..

Lantas sesuka hati buat sesuatu yang tanpa mereka sedari boleh melukakan..
TAPI INGAT :
Bila kita nak marah, jangan sesekali lupa untuk fikirkan perasaan orang!
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita kan?.
 Maka begitulah juga orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarah dengan kata-kata yang boleh merobek perasaan.
Sebab bila kena marah :
-
Hati tak tenang sampai silap hari bulan boleh nanges habaq hang! :D 

Sape marah adik ni?? ~_~…

Even terasa dengan kawan-kawan pun buat dek jer la..
Paling selamat , senyap jerr…
Saat marah menguasai diri, cubalah berdiam diri~
Kumpulkan kekuatan dalam hati agar tidak keluar perkataan yang boleh menyakitkan hati~
Pasti anda tak rugi! (^_^)
K.E.R.A.N.A
Bila kita menyatakan atau melakukan sesuatu ketika MARAH, hatta sudahpun meminta maaf, kesan luka dan parut itu tetap masih ada.
S.E.B.A.B
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal


Guru saya pernah berpesan :
Apabila datangnya marah, sekiranya anda berdiri, maka duduklah,
Sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Sebenarnya, ini lah cara untuk memberi ketenangan kepada F.I.Z.I.K.A.L
Jika tiada kesannya, maka BERWUDHUKLAH
Sifat air itu sendiri boleh menyejukkan darah yang sedang menggelegak kemarahan
Di samping boleh menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah
Lepas wudhuk tu, baca doa taw…


Dan sahabat tahu tak,
Pandai kawal marah pun boleh awet muda taw..
Bukti yang ada-->
 tengok my SUPER COOL daddy lerr!
Walaupun usia beliau sama dengan usia kemerdekaan negara Malaysia..
Tapi, sy sebagai anaknya tak pernah nampak sehelai pun uban ayah kesayangan sy nie
Kata seorang kenalan ayah:
 Ayah ni jarang sangat marah, tak berprasangka buruk dengan orang 
dan amalkan sikap don’t worry, be happy!
Hehe.. sebab tu Cikgu Sauti ni awet mudaaa taw… :D

Seperkara lagi,
Menjadi seorang pemarah juga menjadi kita orang yang DITAKUTI bukan DIHORMATI..
Apabila menjadi seorang yang tidak ditakuti, tentu sukar nak menggapai sekeping hati
Maksudnya kini..
Sebagai seorang bakal guru, saya pernah terfkir:
Apa perasaan bila anak murid label kita cikgu singa???
Dan bila masuk kelas semua menikus sebab takut giler kat cikgu ni…
Kadang-kadang, murid senyap dalam kelas bukan sebab hormat tapi sebab takut yang teramat!
Tak syokla mengajar anak murid yang ketakutan kan?…


Pernah dulu waktu sy duk mengajar nasyid :
Budak2 tue tak dengar kata, maka tak lama dah kena marah dengan akak nie…
Pastu terus ada yang senyap,muka nak nanges dan berlatih pun terus tak semangat…
Kesian adik-adik sy ni kan?
Rosak mood nak berlatih ye??

MELEMPIASKAN KEMARAHAN KT TWITTER @ FACEBOOK??
Jawapannya : SANGAT TAK WAJAR!
Gaduh sikit, update status~
Tak puas hati, update status~
Takpe la kalau kata-kata yang baik..
Tapi mencari maut kalau sampai caci-memaki..
Menyumpah orang sana-sini..
Kan lebih elok kalau kemarahan itu disimpan..
InsyaAllah.. Perhubungan masih boleh diteruskan.. :)
Waktu kita marahkan seseorang, jangan kita butakan hati dengan terus melupakan segala kebaikan yang pernah seseorang itu hulurkan

KEMARAHAN DISIMPAN, KEMAAFAN DIHULURKAN
Kawan-kawan,
Memaafkan bukanlah perkara mudah.
 
Kita manusia fitrahnya sentiasa berteman khilaf. 
Kita manusia yang selalu dan tak malu mengaku lemah. 
T.A.P.I~~ Percayalah...
Bila mana memaafkan, maka perlahan-lahan rasa tenang dan damai itu pasti datang.
Hati terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi sesuatu yang telah pun terjadi. (~_~)




Sahabat, baca ni :


Marah itu umpama api.
Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.
Kita masih memerlukan api sebagaimana kita memerlukan marah
untuk mempertahankan maruah dan harga diri.
 Namun begitu,

JANGAN SAMPAI MARAH MEMBAKAR DIRI.

~Sekian~
--> Waktu duk tulis entri, duk layan lagu Inteam BICARA KATA

Kata ibarat pedang  yang tajamnya bisa membunuh lawan 
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata buruk padahnya 
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata hilang percaya 

Jaga budi bahasa ye (^_^) 

0 comments: