BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Selasa, 27 November 2012

Harapan Seorang Bakal Pendidik

Assalamualaikum..
Cuti semester menjelma lagi!! Walaupun sebenarnya dah menjelma sejak hampir sebulan yang lalu… hehehe..

Rutin harian saya hampir setiap malam selepas maghrib ialah duk mengajar adik2 lelaki yang seramai 3 orang tu mengaji.
*Suruh mengaji ngan orang lain tak mahu..

Dalam duk ajar membaca al-quran tu, tak dinafikan kadang2 sy marahkan diorang..
Mana tak marah, tahap kenakalan tu sememangnya amat menguji kesabaran..
Seorang jenis bersikap maen2, sesuka hati je nak menyampuk orang bercakap time dye mengaji
Seorang jenis suka mengaji bertaranum tapi tajwidnya hilang entah ke mana..
Seorang lagi jenis yang tak berapa fokus sampai kadang2 sesuka hati nak baca ape..
Dan kerana kerenah2 itu, sy terkadang hilang pertimbangan..
Dan menyebabkan saya marahkan mereka..
tapi…. tak siapa yang tahu lepas tu rasa menyesal duk marah2 bebudak tu..
Sebab sy tahu hati bebudak pun pandai terluka kan?
Sedangkan bebudak tu la yang menceriakan hari2 saya..
Setiap kali balik bercuti, hampir semua benda diorang nak bercerita,
Dan ternyata jiwa kanak-kanak ni memang suci..
Sebab keesokkan hari lepas habis dimarahi waktu malamnya itu, mesti diorang semua tegur saya seolah2 tiada ape pun yang berlaku.

Kerana situasi di atas la, seringkali sy menilai kembali tahap kesabaran yang ada dalam diri
InsyaAllah, sy bakal bergelar guru pemulihan beberapa tahun lagi..
Dan bila mengingatkan itu, terkadang saya fikir adakah saya mampu??..
Kerana seorang guru pemulihan itu sangat memerlukan kesabaran, kegigihan, keikhlasan yang menebal dalam menangani masalah pelajar2 nanti..


Dan dibawah ni, saya selitkan kata-kata dari seorang blogger yang turut menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru pemulihan khas..
Mengajar murid pemulihan khas menuntut kesabaran yang tinggi.Motivasi diri,sikap simpati,empati.sabar,penyayang perlu ada  pada guru.Jawatan ini pada pandangan saya tidak boleh disandang sebarangan atau tangkap muat saje…murid akan menjadi mangsa..maaf kata guru yang terlampau garang tidak sesuai untuk menyandang jawatan ini.Sifat dan ciri-ciri murid pemulihan memang berbeza dengan murid-murid dikelas biasa.Kadang –kadang kita lupa ,menyebabkan mereka ini terabai.dari segi perhatian dan kasih sayang. Perkembangan mereka ini amat perlahan dan perlukan kesabaran.Pengajaran dan pembelajaran perlu diulang-ulang .sukatan pelajaran bukan untuk dikejar  dan dihabiskan tapi bagi saya kemahiran perlu dikuasai dengan baik”

Beratkan tugasnya?
Persoalannya kini, mampukah saya??
Saya pernah terbaca..
"Pendidik dan kesabaran adalah dua unsur yang sangat sebati. Seperti gula dengan manisnya, garam dengan masinnya, dan begitu jugalah antara pendidik dengan sikap sabarnya"

Kerana lahirnya saya dalam sebuah keluarga yang kebanyakkannya bekerja dalam profesion perguruan, saya faham juga serba sedikit pahit manisnya bekerja sebagai seorang guru.. 
Ramai orang yang memandang remeh kerjaya seorang guru.. 
Katanya kerja guru senang.. Senang ke? Cuba la try tanya cikgu-cikgu sekarang..

Dan ada juga yang sampai kini tak pernah berhenti bertanyakan kepastian saya tuk memilih guru sebagai kerjaya saya nanti..
Katanya, rugi…
Ingin sahaja saya katakan padanya, ikut suka hati saya la!
Tapi cukup sekadar untuk memuaskan hati dia, sy hanya mampu ucap
 “In sha Allah, kalau ada rezeki, mana tahu nak sambung study jadi pensyarah”
 Walaupun hakikatnya saya tak suka sangat mengajar budak besar2… 
budak2 kecik baru best nak dilayan dan diajar kan? Hehehe..

 
Dalam sebuah hadis ada diceritakan, kisah seorang pelacur yang diampunkan dosa dan dianugerahkan syurga lantaran membantu anjing yang dahaga.

Renungkan sendiri.. 
Berbakti kepada anjing pun begitu hebat ganjarannya, apatah lagi kalau berbakti kepada manusia.

"Maaf ya, bukan bermaksud nak samakan manusia dengan haiwan apatah lagi guru dan murid dengan pelacur dan anjing, TIDAK SAMA SEKALI, astaga...jangan salah faham ya...hanya berniat menjelaskan kepada kalian betapa pekerjaan yang mulia itu di
sanjung tinggi dan dipandang mulia oleh ALLAH sehinggakan sekecil-kecil kebaikan itu membawanya ke syurga...ALLAH ITU MAHA HALUS LAGI MAHA MENGETAHUI kan.. =) "

Mendidik itu satu perjuangan. 
Perjuangan pula memerlukan kekentalan… iaitu..
Kekentalan untuk meredah lautan dugaan. 

Saya tahu cita-cita saya, dan saya hanya perlu menyiapkan diri untuk bersedia berdepan dengan segala apa yang berlaku pada masa hadapan (^_^)

 
Dengan berbaki 4 tahun lagi pengajian saya di IPG ini,In sha Allah, doakan saya dan rakan-rakan IPG yang lain agar mampu menjadi pendidik yang cemerlang kelak.. Yang mampu membimbing pelajar2 kami menggapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Ahad, 25 November 2012

Ya ALLAH, perkenankanlah doa kami..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Hai semua! Apa khabar hari ini? semoga hari ini lebih baik daripada semalam...
Baik, tanpa berceloteh panjang mari kita sama-sama ikuti sebuah cerita..JOM!! ^_^

hehe...best dengar pesan atok... :D


Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.


Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.



Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
comel adik kecil ni berdoa.... ^_^

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:


Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat. Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. 
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: 
"Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku"
HENSEM TAK MUKA ORANG SOMBONG,HAHAHA
MasyaALLAH Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.


Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Mudah-mudahan setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa mendoakan ibu bapa kita, guru-guru kita, keluarga kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat karib kita, yang teramat akrab kita sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa kita memerlukan mereka mendoakan kita juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. 
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
 Pesanan buat penulis sendiri dan peringatan kepada rakan pembaca,
Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan kita sombong dan takabbur Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat nota ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.

Semoga Allah redha dengan kita.

"Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa rakan-rakanku, dosa saudara-maraku, dan dosa seluruh ummat Islam yang sentiasa alpa dalam menunaikan syariat-MU.."


p/s: terima kasih kepada yang sudi berkongsi cerita. =)

Rabu, 21 November 2012

SERAM SEYH !!

Assalamualaikum W.B.T.

sihat semua? Alhamdulillah, akhirnya berkelapangan untuk blogging semula. ^_^
Exam dah selesai, assignment dah selesai, rehat lah pula cuti semester kali ni. 
Cuti Semester tahun lepas sebulan lebih bekerja jauh dari rumah, tetapi kali ini

"abang balik duduk rumah sudah, tak payahla kerja"

[erk....baik mak~~~~] 


akur saja~~...hehe...nak jadi anak soleh kan kena dengar cakap emak selagi tak melanggar hukum syarak?? hehe.. B-)


Cuma cuti kali ini agak membosankan sebab adik-adik lelaki semua di tempat pengajian masing-masing, jadi tinggallah saya seorang anak lelaki di rumah. Kehidupan seharian agak "plain" memandangkan setiap hari aktiviti yang sama. Mujurlah ada juga aktiviti nak dibuat...antaranya:


GAMING, INTERNET SURFING: fulamak,kalau dapat satu set macam nih lagi masyuk!! haha

motorcycling memang best...thats my soul,hehe.
Baik, di sini baru nak mula berkongsi cerita setelah beberapa kerat pengenalan entry. :P

"Pada suatu ketika,di sebuah taman perumahan tinggal seorang lelaki seorang diri."
[akibat kepanasan makan durian la yang banyak mengarut sangat ni]

Isnin sehingga Khamis minggu ini, keluarga saya bercuti ke Damai Laut Resort..atas faktor bimbang akan keadaan 'cucu-cicit' dalam kolam tu saya merelakan diri untuk tidak turut serta demi menjaga aset keluarga.

SELAMAT BERCUTI EMAK, ABAH, ADIK-ADIK..
jangan risau, Harith jaga anak-anak Harith, cucu-cucu abah kat umah,hehe.
^_^


Dipendekkan cerita, bersendirianlah saya selama 4 hari 3 malam bermula kelmarin. =)
Namun, disebabkan kebiasaannya saya bergerak [jenis tak tahu duduk saja tanpa buat apa-apa] membuatkan saya nekad untuk keluar makan angin dengan kuda hitam saya. JOM!!!

JUSTERU, BERMULALAH PERJALANAN PADA HARI INI~~~
Selesai solat Zohor, niat tak boleh lagi dihalang. Terus dicapai beg galas berisi beg plastik dan kunci rumah. Bukan apa, bersedia untuk basah,hehe...lumrah kenderaan tak berbumbung, ye dop? ;)

Mulanya, langit sangat cerah tanpa sedikit pun awan mendung kelihatan.
Tergerak di hati, "eh, takkan tak hujan? bukan setiap hari hujan?"

Jeng jeng jeng...'masin mulut aku'..haha. :D

Perjalanan bermula jam 3 petang setelah 'anak-anak' diperiksa dan diberi makan. Baru sahaja tiba di persimpangan Kampung Batu 7,

"Wow, ini confirm aku mandi atas motor!"
kelihatan awan sudah memuntahkan isi perutnya ke bumi.
Terus muncul rasa ragu di hati.

"ish...patah balik atau teruskan perjalanan ya?"

hati dan fikiran sedang ligat berfikir sebelum membuat keputusan tetapi throttle tak juga dilepaskan. [memang tak boleh lepas, kalau lepas terbabas jawabnya,haha]


Lama juga berfikir sedangkan kenderaan ditunggang terus bergerak..
dan kemudian.... 

HAH!!!!

KEPUTUSANNYA!
satu sama!!!  :P
 Setelah dipastikan tiada barangan mudah basah yang penting di dalam beg....
perjalanan diteruskan juga tanpa perasaan yang berbolak-balik. Sebaik sahaja tiba di Kampung Bakai, bermulalah 'ride-basah' seorang insan bernama Harith bin Sukri.....huehuehue..

[Coklat mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah COCO CRUNCH!!!]

papan tanda tahun bila entah..sekarang dah ada papan tanda tambahan hutan lipur sungai sedim dan hutan lipur ulu paip di atas papan tanda ni.

SUATU KETIKA DAHULU.......[MERIAH KAN?]
 Sebenarnya, hajat di hati nak berkunjung ke Lata Bukit Hijau ni untuk meninjau keadaan terkini lokasi tersebut yang suatu ketika dahulunya menjadi tumpuan ramai. Malah, saya dan keluarga kerap juga ke sana untuk berekreasi bersama-sama pada hujung minggu. Pihak sekolah pun acapkali mengadakan perkhemahan di tempat yang sama. Namun, kali terakhir saya berkunjung ke sana hanya ketika saya masih di sekolah rendah. Bermula dari zaman sekolah menengah sampai sekarang, tempat rekreasi keluarga sudah bertukar ke Hutan Lipur Sungai Sedim. Sungai Sedim/Lata Sedim lebih menarik untuk dikunjungi memandangkan airnya lebih jernih dan dasar sungai tidak berlumut atau dipenuhi daun. Jadi, kami lebih selesa bermandi-manda di Sedim berbanding Lata Bukit Hijau. Tambahan pula, aktiviti menjala anak-anak ikan di sana mendatangkan hasil yang lebih baik berbanding menjala di Hutan Lipur Bukit Hijau.

Tahun berganti tahun, banyak khabar angin yang didengar. Ada kematian sebab lemas.sebab tergelincir, paling gerun apabila disebut kemunculan harimau belang, gajah dan suasana di malam hari....kebenaran kisahnya, wallahualam. Tapi, tak mustahil..biarpun barangkali jelmaan, itu kan hutan simpan? mungkin juga makhluk-makhluk lain yang menjelma sebagai haiwan? Kita tak tahu kan? bukan sempat nak 'switch on' scanner nak tahu betul atau jelmaan andai berlaku tiba-tiba depan mata, fikir nak lari dulu,ngee... =P

Belum lagi sampai ke destinasi, satu set pakaian dari helmet sehingga ke kasut but dah seperti direndam dalam air. Memang tak bercadang untuk mengenakan baju hujan memandangkan gaya menunggang 'hujan tak jadi masalah',hehe.

 Perjalanan mengambil masa sekitar 10-15 minit memandangkan jarak perjalanan hanya 15>18km. Sebaik sahaja sampai ke pintu gerbang......

"erk...nak masuk atau tak ?"

KEADAANNYA AGAK SURAM DAN SERAM!
ditambah dengan bunyi guruh yang kuat dan panahan kilat ketika hujan sangat lebat. =,="

boleh bayangkan??

Pada mulanya agak risau meninggalkan motosikal kawasan parking memandangkan kawasan tersebut agak terpencil. Akhirnya, saya memutuskan untuk terus meletakkan motosikal di kawasan bawah di tepi sungai. Pagar ditutup bagi menghalang kenderaan memasukinya, tetapi terdapat laluan di bahagian tepi seperti laluan motosikal.

Kudaku di tepi sungai.

"Sampai juga aku akhirnya. Dah lama tak datang sini. Suasana terlalu berbeza, seperti kawasan peninggalan ja. Menyeramkan pun ada."

Hujan masih lebat pada ketika itu. ARGH, peduli apa, alang-alang dah sampai takkan nak balik tangan kosong! Hujan pun hujan lah....telefon bimbit dikeluarkan daripada beg plastik dan saya terus bergerak dari satu sudut ke sudut yang lain untuk mengambil beberapa gambar. Inilah hasilnya. :)

MAAF, KAMERA TELEFON HANYA VGA CAMERA. GAMBAR KABUR. TETAPI, LEBIH BAIK DARIPADA TIADA KAMERA, KAN? HEHE...ALHAMDULILLAH... ^_^

Airnya cetek, arusnya tak terlalu deras seperti Sungai Sedim. Sesuai untuk kanak-kanak.

Handset pun dah basah masa ni, itu pasal gambar pun "blur effect" semacam jek,haha

Pokok pun dalam sungai, memang lebat pun hujan setiap hari.
 




Wah, kawasan ni best! dalam paras pinggang gitu.
 

rasa macam lawa plak gambar ni. :P tapi blur sebab tak sedar ada titisan air kat kamera phone.
 
Mulanya teringin nak menyeberang alang-alang memang dah basah. Tetapi, disebabkan tiada pengunjung lain, terasa lain macam pula nak menyebarang. Gambar ni dah increase brightness...kalau pandangan mata...erk,suram......seram....

Sedang khusyuk ambil gambar, tiba-tiba kilat beserta guruh yang sangat kuat berdentum menggegar bumi. Apa lagi yang ditunggu, sudahlah pohon-pohonnya besar dan tinggi-tinggi, dengan suasana yang suram. Bimbang kebarangkalian pohon tumbang atau dahan patah, lebih baik saya mengambil langkah berjaga-jaga. Beg digalas semula. Enjin motosikal dihidupkan dan saya terus bergerak keluar melalui pintu gerbang. Buat pengetahuan kalian, hanya satu pintu masuk ke kawasan ni.

Inilah pintu gerbang Hutan Lipur Bukit Hijau....bandingkan dengan gambar yang saya letakkan di awal entri, lain bukan?

 

 Masa untuk pulang ke rumah semula. Perjalanan pulang diiringi hujan yang lebih lebat daripada hujan ketika datang tadi. Perjalanan keluar dari kawasan rekreasi ke jalan utama sangat sunyi tanpa berselisih dengan sebuah motosikal atau kereta. Ya la, hujan lebat siapa yang nak datang tempat rekreasi,hehe. Dan inilah masanya nak menguji tayar DURO 100/90-19 meredah lopak air yang sangat banyak di atas jalan,hehe. Perkara yang paling dibimbangkan adalah sekiranya anak sungai di kawasan ladang sawit telah melimpah dan membanjiri jalan, lintasan air tersebut arusnya deras. Biarpun motosikal lasak, tetapi dengan berat kenderaan yang terlalu ringan, meredah arus deras banjir sangat merbahaya. Mujurlah sepanjang perjalanan pulang ke rumah jalan raya masih boleh dilalui biarpun beberapa kawasan sudah dinaiki air. Terlintas di fikiran,

"Dulu ketika kanak-kanak, bermain hujan di halaman rumah sangat menghiburkan. Zaman sekolah menengah, berhujan lebat di padang bersama-sama rakan membaling bola sofbol atau menyepak bola suka-suka seperti bermain di kampung menjadi kenangan...dan kini, setelah meningkat dewasa, aku masih lagi seronok bermain dalam hujan dengan cara lain, menunggang 'kuda' ke mana-mana...sudah dewasa sekarang....cepatnya masa berlalu..."

Sekejap sahaja aku sudah tiba ke persimpangan Kampung Binjul/Kg Batu 7. Tergerak di hati untuk menggunakan jalan raya biasa pulang ke Tawar. Sebenarnya tujuan utama nak lihat sama ada jalan sudah dinaiki air atau belum,hehe. Jalan raya di Kampung Batu 7 ni sangat mudah dinaiki air kerana kawasannya terletak dikawasan tanah rendah dan berpaya. Jalan besar yang melintasi kawasan belakang perumahan saya sebenarnya adalah Lebuhraya Kulim-Grik. Jangan ingat kawasan saya hulu ya,hehe. Lebuhraya lagi tu. :P

Tetapi, kawasan tersebut masih selamat untuk dilalui, tiada tanda air akan melimpah. Barangkali hujan di sini tidak selebat hujan di kawasan bukit tadi. Tiba-tiba, perut terasa lapar mengingatkan capati dan roti arab yang sentiasa menjadi tumpuan di sini. Apa lagi, terus lampu isyarat kiri dinyalakan untuk singgah sebentar di "R&R" Kampung Batu 7,hehe.

Beberapa pasang mata memerhatikan saya. Barangkali melihat keadaan saya yang 100% basah ibarat baru keluar daripada kolam renang,haha. Biasalah, adat penunggang motosikal, kan ? :)
Siapa yang belum pernah mencuba roti arab dan capati di sini, boleh lah cuba andai kalian melalui kawasan ini. Jalan biasa ni laluan utama Sungai Petani, Kuala Ketil untuk ke Baling, Grik, atau Kelantan, Terengganu. Mudah untuk dicari, selepas melintasi Sekolah Kebangsaan Binjul yang terletak di sebelah kiri jalan [dari Sungai Petani menuju ke arah Baling], tidak sampai 500 meter warung ini terletak juga berada di sebelah kiri jalan raya.
 
Dari arah Sungai Petani, warung ini agak terselindung di sebalik pokok.

Makcik sedang menguli doh roti arab tersenyum dan ketawa kecil sambil bertanyakan "ambik gambaq ka?" hehe...tolong promote roti arab ngan capati makcik..sedap makcik buat kuahnya, roti pun lembut. THUMBS UP!

 Setelah berbual sebentar dengan makcik tadi, bungkusan roti arab dimasukkan ke dalam beg dan perjalanan pulang diteruskan. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. ^_^
Seronoknya dapat keluar melihat keindahan alam ciptaan ALLAH....indah,cantik, SUBHANALLAH... 



EHM...NAK KE MANA PULA ESOK??? HEHEHE.

Beg, baju sejuk, dan sarung tangan yang basah berjeruk, basah kuyup, basah lencun...haha. kasut dan stoking masih dipakai, jadi tak masuk la dalam set. :P

Thanks Allah for giving me opportunity to have my own bike. You give me the chances to ride anywhere and see the beauty of Your creation, the nature You give us. thanks too for giving me opportunity to share the beauty with my fellow friends.. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH...syukran... =)

selesai mandi dan solat asar....ITADAKIMASU!!! ^_^ BON APPETIT!! HEHE..jemput makan...panas-panas lagi,baru best. ;)

Ke mana destinasi seterusnya? nantikan dalam GET CLOSE TO NATURE 2.. ;)
JUMPA LAGI!! ^_^