BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Rabu, 21 November 2012

SERAM SEYH !!

Assalamualaikum W.B.T.

sihat semua? Alhamdulillah, akhirnya berkelapangan untuk blogging semula. ^_^
Exam dah selesai, assignment dah selesai, rehat lah pula cuti semester kali ni. 
Cuti Semester tahun lepas sebulan lebih bekerja jauh dari rumah, tetapi kali ini

"abang balik duduk rumah sudah, tak payahla kerja"

[erk....baik mak~~~~] 


akur saja~~...hehe...nak jadi anak soleh kan kena dengar cakap emak selagi tak melanggar hukum syarak?? hehe.. B-)


Cuma cuti kali ini agak membosankan sebab adik-adik lelaki semua di tempat pengajian masing-masing, jadi tinggallah saya seorang anak lelaki di rumah. Kehidupan seharian agak "plain" memandangkan setiap hari aktiviti yang sama. Mujurlah ada juga aktiviti nak dibuat...antaranya:


GAMING, INTERNET SURFING: fulamak,kalau dapat satu set macam nih lagi masyuk!! haha

motorcycling memang best...thats my soul,hehe.
Baik, di sini baru nak mula berkongsi cerita setelah beberapa kerat pengenalan entry. :P

"Pada suatu ketika,di sebuah taman perumahan tinggal seorang lelaki seorang diri."
[akibat kepanasan makan durian la yang banyak mengarut sangat ni]

Isnin sehingga Khamis minggu ini, keluarga saya bercuti ke Damai Laut Resort..atas faktor bimbang akan keadaan 'cucu-cicit' dalam kolam tu saya merelakan diri untuk tidak turut serta demi menjaga aset keluarga.

SELAMAT BERCUTI EMAK, ABAH, ADIK-ADIK..
jangan risau, Harith jaga anak-anak Harith, cucu-cucu abah kat umah,hehe.
^_^


Dipendekkan cerita, bersendirianlah saya selama 4 hari 3 malam bermula kelmarin. =)
Namun, disebabkan kebiasaannya saya bergerak [jenis tak tahu duduk saja tanpa buat apa-apa] membuatkan saya nekad untuk keluar makan angin dengan kuda hitam saya. JOM!!!

JUSTERU, BERMULALAH PERJALANAN PADA HARI INI~~~
Selesai solat Zohor, niat tak boleh lagi dihalang. Terus dicapai beg galas berisi beg plastik dan kunci rumah. Bukan apa, bersedia untuk basah,hehe...lumrah kenderaan tak berbumbung, ye dop? ;)

Mulanya, langit sangat cerah tanpa sedikit pun awan mendung kelihatan.
Tergerak di hati, "eh, takkan tak hujan? bukan setiap hari hujan?"

Jeng jeng jeng...'masin mulut aku'..haha. :D

Perjalanan bermula jam 3 petang setelah 'anak-anak' diperiksa dan diberi makan. Baru sahaja tiba di persimpangan Kampung Batu 7,

"Wow, ini confirm aku mandi atas motor!"
kelihatan awan sudah memuntahkan isi perutnya ke bumi.
Terus muncul rasa ragu di hati.

"ish...patah balik atau teruskan perjalanan ya?"

hati dan fikiran sedang ligat berfikir sebelum membuat keputusan tetapi throttle tak juga dilepaskan. [memang tak boleh lepas, kalau lepas terbabas jawabnya,haha]


Lama juga berfikir sedangkan kenderaan ditunggang terus bergerak..
dan kemudian.... 

HAH!!!!

KEPUTUSANNYA!
satu sama!!!  :P
 Setelah dipastikan tiada barangan mudah basah yang penting di dalam beg....
perjalanan diteruskan juga tanpa perasaan yang berbolak-balik. Sebaik sahaja tiba di Kampung Bakai, bermulalah 'ride-basah' seorang insan bernama Harith bin Sukri.....huehuehue..

[Coklat mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah COCO CRUNCH!!!]

papan tanda tahun bila entah..sekarang dah ada papan tanda tambahan hutan lipur sungai sedim dan hutan lipur ulu paip di atas papan tanda ni.

SUATU KETIKA DAHULU.......[MERIAH KAN?]
 Sebenarnya, hajat di hati nak berkunjung ke Lata Bukit Hijau ni untuk meninjau keadaan terkini lokasi tersebut yang suatu ketika dahulunya menjadi tumpuan ramai. Malah, saya dan keluarga kerap juga ke sana untuk berekreasi bersama-sama pada hujung minggu. Pihak sekolah pun acapkali mengadakan perkhemahan di tempat yang sama. Namun, kali terakhir saya berkunjung ke sana hanya ketika saya masih di sekolah rendah. Bermula dari zaman sekolah menengah sampai sekarang, tempat rekreasi keluarga sudah bertukar ke Hutan Lipur Sungai Sedim. Sungai Sedim/Lata Sedim lebih menarik untuk dikunjungi memandangkan airnya lebih jernih dan dasar sungai tidak berlumut atau dipenuhi daun. Jadi, kami lebih selesa bermandi-manda di Sedim berbanding Lata Bukit Hijau. Tambahan pula, aktiviti menjala anak-anak ikan di sana mendatangkan hasil yang lebih baik berbanding menjala di Hutan Lipur Bukit Hijau.

Tahun berganti tahun, banyak khabar angin yang didengar. Ada kematian sebab lemas.sebab tergelincir, paling gerun apabila disebut kemunculan harimau belang, gajah dan suasana di malam hari....kebenaran kisahnya, wallahualam. Tapi, tak mustahil..biarpun barangkali jelmaan, itu kan hutan simpan? mungkin juga makhluk-makhluk lain yang menjelma sebagai haiwan? Kita tak tahu kan? bukan sempat nak 'switch on' scanner nak tahu betul atau jelmaan andai berlaku tiba-tiba depan mata, fikir nak lari dulu,ngee... =P

Belum lagi sampai ke destinasi, satu set pakaian dari helmet sehingga ke kasut but dah seperti direndam dalam air. Memang tak bercadang untuk mengenakan baju hujan memandangkan gaya menunggang 'hujan tak jadi masalah',hehe.

 Perjalanan mengambil masa sekitar 10-15 minit memandangkan jarak perjalanan hanya 15>18km. Sebaik sahaja sampai ke pintu gerbang......

"erk...nak masuk atau tak ?"

KEADAANNYA AGAK SURAM DAN SERAM!
ditambah dengan bunyi guruh yang kuat dan panahan kilat ketika hujan sangat lebat. =,="

boleh bayangkan??

Pada mulanya agak risau meninggalkan motosikal kawasan parking memandangkan kawasan tersebut agak terpencil. Akhirnya, saya memutuskan untuk terus meletakkan motosikal di kawasan bawah di tepi sungai. Pagar ditutup bagi menghalang kenderaan memasukinya, tetapi terdapat laluan di bahagian tepi seperti laluan motosikal.

Kudaku di tepi sungai.

"Sampai juga aku akhirnya. Dah lama tak datang sini. Suasana terlalu berbeza, seperti kawasan peninggalan ja. Menyeramkan pun ada."

Hujan masih lebat pada ketika itu. ARGH, peduli apa, alang-alang dah sampai takkan nak balik tangan kosong! Hujan pun hujan lah....telefon bimbit dikeluarkan daripada beg plastik dan saya terus bergerak dari satu sudut ke sudut yang lain untuk mengambil beberapa gambar. Inilah hasilnya. :)

MAAF, KAMERA TELEFON HANYA VGA CAMERA. GAMBAR KABUR. TETAPI, LEBIH BAIK DARIPADA TIADA KAMERA, KAN? HEHE...ALHAMDULILLAH... ^_^

Airnya cetek, arusnya tak terlalu deras seperti Sungai Sedim. Sesuai untuk kanak-kanak.

Handset pun dah basah masa ni, itu pasal gambar pun "blur effect" semacam jek,haha

Pokok pun dalam sungai, memang lebat pun hujan setiap hari.
 




Wah, kawasan ni best! dalam paras pinggang gitu.
 

rasa macam lawa plak gambar ni. :P tapi blur sebab tak sedar ada titisan air kat kamera phone.
 
Mulanya teringin nak menyeberang alang-alang memang dah basah. Tetapi, disebabkan tiada pengunjung lain, terasa lain macam pula nak menyebarang. Gambar ni dah increase brightness...kalau pandangan mata...erk,suram......seram....

Sedang khusyuk ambil gambar, tiba-tiba kilat beserta guruh yang sangat kuat berdentum menggegar bumi. Apa lagi yang ditunggu, sudahlah pohon-pohonnya besar dan tinggi-tinggi, dengan suasana yang suram. Bimbang kebarangkalian pohon tumbang atau dahan patah, lebih baik saya mengambil langkah berjaga-jaga. Beg digalas semula. Enjin motosikal dihidupkan dan saya terus bergerak keluar melalui pintu gerbang. Buat pengetahuan kalian, hanya satu pintu masuk ke kawasan ni.

Inilah pintu gerbang Hutan Lipur Bukit Hijau....bandingkan dengan gambar yang saya letakkan di awal entri, lain bukan?

 

 Masa untuk pulang ke rumah semula. Perjalanan pulang diiringi hujan yang lebih lebat daripada hujan ketika datang tadi. Perjalanan keluar dari kawasan rekreasi ke jalan utama sangat sunyi tanpa berselisih dengan sebuah motosikal atau kereta. Ya la, hujan lebat siapa yang nak datang tempat rekreasi,hehe. Dan inilah masanya nak menguji tayar DURO 100/90-19 meredah lopak air yang sangat banyak di atas jalan,hehe. Perkara yang paling dibimbangkan adalah sekiranya anak sungai di kawasan ladang sawit telah melimpah dan membanjiri jalan, lintasan air tersebut arusnya deras. Biarpun motosikal lasak, tetapi dengan berat kenderaan yang terlalu ringan, meredah arus deras banjir sangat merbahaya. Mujurlah sepanjang perjalanan pulang ke rumah jalan raya masih boleh dilalui biarpun beberapa kawasan sudah dinaiki air. Terlintas di fikiran,

"Dulu ketika kanak-kanak, bermain hujan di halaman rumah sangat menghiburkan. Zaman sekolah menengah, berhujan lebat di padang bersama-sama rakan membaling bola sofbol atau menyepak bola suka-suka seperti bermain di kampung menjadi kenangan...dan kini, setelah meningkat dewasa, aku masih lagi seronok bermain dalam hujan dengan cara lain, menunggang 'kuda' ke mana-mana...sudah dewasa sekarang....cepatnya masa berlalu..."

Sekejap sahaja aku sudah tiba ke persimpangan Kampung Binjul/Kg Batu 7. Tergerak di hati untuk menggunakan jalan raya biasa pulang ke Tawar. Sebenarnya tujuan utama nak lihat sama ada jalan sudah dinaiki air atau belum,hehe. Jalan raya di Kampung Batu 7 ni sangat mudah dinaiki air kerana kawasannya terletak dikawasan tanah rendah dan berpaya. Jalan besar yang melintasi kawasan belakang perumahan saya sebenarnya adalah Lebuhraya Kulim-Grik. Jangan ingat kawasan saya hulu ya,hehe. Lebuhraya lagi tu. :P

Tetapi, kawasan tersebut masih selamat untuk dilalui, tiada tanda air akan melimpah. Barangkali hujan di sini tidak selebat hujan di kawasan bukit tadi. Tiba-tiba, perut terasa lapar mengingatkan capati dan roti arab yang sentiasa menjadi tumpuan di sini. Apa lagi, terus lampu isyarat kiri dinyalakan untuk singgah sebentar di "R&R" Kampung Batu 7,hehe.

Beberapa pasang mata memerhatikan saya. Barangkali melihat keadaan saya yang 100% basah ibarat baru keluar daripada kolam renang,haha. Biasalah, adat penunggang motosikal, kan ? :)
Siapa yang belum pernah mencuba roti arab dan capati di sini, boleh lah cuba andai kalian melalui kawasan ini. Jalan biasa ni laluan utama Sungai Petani, Kuala Ketil untuk ke Baling, Grik, atau Kelantan, Terengganu. Mudah untuk dicari, selepas melintasi Sekolah Kebangsaan Binjul yang terletak di sebelah kiri jalan [dari Sungai Petani menuju ke arah Baling], tidak sampai 500 meter warung ini terletak juga berada di sebelah kiri jalan raya.
 
Dari arah Sungai Petani, warung ini agak terselindung di sebalik pokok.

Makcik sedang menguli doh roti arab tersenyum dan ketawa kecil sambil bertanyakan "ambik gambaq ka?" hehe...tolong promote roti arab ngan capati makcik..sedap makcik buat kuahnya, roti pun lembut. THUMBS UP!

 Setelah berbual sebentar dengan makcik tadi, bungkusan roti arab dimasukkan ke dalam beg dan perjalanan pulang diteruskan. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. ^_^
Seronoknya dapat keluar melihat keindahan alam ciptaan ALLAH....indah,cantik, SUBHANALLAH... 



EHM...NAK KE MANA PULA ESOK??? HEHEHE.

Beg, baju sejuk, dan sarung tangan yang basah berjeruk, basah kuyup, basah lencun...haha. kasut dan stoking masih dipakai, jadi tak masuk la dalam set. :P

Thanks Allah for giving me opportunity to have my own bike. You give me the chances to ride anywhere and see the beauty of Your creation, the nature You give us. thanks too for giving me opportunity to share the beauty with my fellow friends.. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH...syukran... =)

selesai mandi dan solat asar....ITADAKIMASU!!! ^_^ BON APPETIT!! HEHE..jemput makan...panas-panas lagi,baru best. ;)

Ke mana destinasi seterusnya? nantikan dalam GET CLOSE TO NATURE 2.. ;)
JUMPA LAGI!! ^_^

0 comments: