BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Selasa, 27 November 2012

Harapan Seorang Bakal Pendidik

Assalamualaikum..
Cuti semester menjelma lagi!! Walaupun sebenarnya dah menjelma sejak hampir sebulan yang lalu… hehehe..

Rutin harian saya hampir setiap malam selepas maghrib ialah duk mengajar adik2 lelaki yang seramai 3 orang tu mengaji.
*Suruh mengaji ngan orang lain tak mahu..

Dalam duk ajar membaca al-quran tu, tak dinafikan kadang2 sy marahkan diorang..
Mana tak marah, tahap kenakalan tu sememangnya amat menguji kesabaran..
Seorang jenis bersikap maen2, sesuka hati je nak menyampuk orang bercakap time dye mengaji
Seorang jenis suka mengaji bertaranum tapi tajwidnya hilang entah ke mana..
Seorang lagi jenis yang tak berapa fokus sampai kadang2 sesuka hati nak baca ape..
Dan kerana kerenah2 itu, sy terkadang hilang pertimbangan..
Dan menyebabkan saya marahkan mereka..
tapi…. tak siapa yang tahu lepas tu rasa menyesal duk marah2 bebudak tu..
Sebab sy tahu hati bebudak pun pandai terluka kan?
Sedangkan bebudak tu la yang menceriakan hari2 saya..
Setiap kali balik bercuti, hampir semua benda diorang nak bercerita,
Dan ternyata jiwa kanak-kanak ni memang suci..
Sebab keesokkan hari lepas habis dimarahi waktu malamnya itu, mesti diorang semua tegur saya seolah2 tiada ape pun yang berlaku.

Kerana situasi di atas la, seringkali sy menilai kembali tahap kesabaran yang ada dalam diri
InsyaAllah, sy bakal bergelar guru pemulihan beberapa tahun lagi..
Dan bila mengingatkan itu, terkadang saya fikir adakah saya mampu??..
Kerana seorang guru pemulihan itu sangat memerlukan kesabaran, kegigihan, keikhlasan yang menebal dalam menangani masalah pelajar2 nanti..


Dan dibawah ni, saya selitkan kata-kata dari seorang blogger yang turut menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru pemulihan khas..
Mengajar murid pemulihan khas menuntut kesabaran yang tinggi.Motivasi diri,sikap simpati,empati.sabar,penyayang perlu ada  pada guru.Jawatan ini pada pandangan saya tidak boleh disandang sebarangan atau tangkap muat saje…murid akan menjadi mangsa..maaf kata guru yang terlampau garang tidak sesuai untuk menyandang jawatan ini.Sifat dan ciri-ciri murid pemulihan memang berbeza dengan murid-murid dikelas biasa.Kadang –kadang kita lupa ,menyebabkan mereka ini terabai.dari segi perhatian dan kasih sayang. Perkembangan mereka ini amat perlahan dan perlukan kesabaran.Pengajaran dan pembelajaran perlu diulang-ulang .sukatan pelajaran bukan untuk dikejar  dan dihabiskan tapi bagi saya kemahiran perlu dikuasai dengan baik”

Beratkan tugasnya?
Persoalannya kini, mampukah saya??
Saya pernah terbaca..
"Pendidik dan kesabaran adalah dua unsur yang sangat sebati. Seperti gula dengan manisnya, garam dengan masinnya, dan begitu jugalah antara pendidik dengan sikap sabarnya"

Kerana lahirnya saya dalam sebuah keluarga yang kebanyakkannya bekerja dalam profesion perguruan, saya faham juga serba sedikit pahit manisnya bekerja sebagai seorang guru.. 
Ramai orang yang memandang remeh kerjaya seorang guru.. 
Katanya kerja guru senang.. Senang ke? Cuba la try tanya cikgu-cikgu sekarang..

Dan ada juga yang sampai kini tak pernah berhenti bertanyakan kepastian saya tuk memilih guru sebagai kerjaya saya nanti..
Katanya, rugi…
Ingin sahaja saya katakan padanya, ikut suka hati saya la!
Tapi cukup sekadar untuk memuaskan hati dia, sy hanya mampu ucap
 “In sha Allah, kalau ada rezeki, mana tahu nak sambung study jadi pensyarah”
 Walaupun hakikatnya saya tak suka sangat mengajar budak besar2… 
budak2 kecik baru best nak dilayan dan diajar kan? Hehehe..

 
Dalam sebuah hadis ada diceritakan, kisah seorang pelacur yang diampunkan dosa dan dianugerahkan syurga lantaran membantu anjing yang dahaga.

Renungkan sendiri.. 
Berbakti kepada anjing pun begitu hebat ganjarannya, apatah lagi kalau berbakti kepada manusia.

"Maaf ya, bukan bermaksud nak samakan manusia dengan haiwan apatah lagi guru dan murid dengan pelacur dan anjing, TIDAK SAMA SEKALI, astaga...jangan salah faham ya...hanya berniat menjelaskan kepada kalian betapa pekerjaan yang mulia itu di
sanjung tinggi dan dipandang mulia oleh ALLAH sehinggakan sekecil-kecil kebaikan itu membawanya ke syurga...ALLAH ITU MAHA HALUS LAGI MAHA MENGETAHUI kan.. =) "

Mendidik itu satu perjuangan. 
Perjuangan pula memerlukan kekentalan… iaitu..
Kekentalan untuk meredah lautan dugaan. 

Saya tahu cita-cita saya, dan saya hanya perlu menyiapkan diri untuk bersedia berdepan dengan segala apa yang berlaku pada masa hadapan (^_^)

 
Dengan berbaki 4 tahun lagi pengajian saya di IPG ini,In sha Allah, doakan saya dan rakan-rakan IPG yang lain agar mampu menjadi pendidik yang cemerlang kelak.. Yang mampu membimbing pelajar2 kami menggapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Ahad, 25 November 2012

Ya ALLAH, perkenankanlah doa kami..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Hai semua! Apa khabar hari ini? semoga hari ini lebih baik daripada semalam...
Baik, tanpa berceloteh panjang mari kita sama-sama ikuti sebuah cerita..JOM!! ^_^

hehe...best dengar pesan atok... :D


Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.


Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.



Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
comel adik kecil ni berdoa.... ^_^

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:


Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat. Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. 
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: 
"Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku"
HENSEM TAK MUKA ORANG SOMBONG,HAHAHA
MasyaALLAH Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.


Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Mudah-mudahan setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa mendoakan ibu bapa kita, guru-guru kita, keluarga kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat karib kita, yang teramat akrab kita sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa kita memerlukan mereka mendoakan kita juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. 
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
 Pesanan buat penulis sendiri dan peringatan kepada rakan pembaca,
Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan kita sombong dan takabbur Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat nota ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.

Semoga Allah redha dengan kita.

"Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa rakan-rakanku, dosa saudara-maraku, dan dosa seluruh ummat Islam yang sentiasa alpa dalam menunaikan syariat-MU.."


p/s: terima kasih kepada yang sudi berkongsi cerita. =)

Rabu, 21 November 2012

SERAM SEYH !!

Assalamualaikum W.B.T.

sihat semua? Alhamdulillah, akhirnya berkelapangan untuk blogging semula. ^_^
Exam dah selesai, assignment dah selesai, rehat lah pula cuti semester kali ni. 
Cuti Semester tahun lepas sebulan lebih bekerja jauh dari rumah, tetapi kali ini

"abang balik duduk rumah sudah, tak payahla kerja"

[erk....baik mak~~~~] 


akur saja~~...hehe...nak jadi anak soleh kan kena dengar cakap emak selagi tak melanggar hukum syarak?? hehe.. B-)


Cuma cuti kali ini agak membosankan sebab adik-adik lelaki semua di tempat pengajian masing-masing, jadi tinggallah saya seorang anak lelaki di rumah. Kehidupan seharian agak "plain" memandangkan setiap hari aktiviti yang sama. Mujurlah ada juga aktiviti nak dibuat...antaranya:


GAMING, INTERNET SURFING: fulamak,kalau dapat satu set macam nih lagi masyuk!! haha

motorcycling memang best...thats my soul,hehe.
Baik, di sini baru nak mula berkongsi cerita setelah beberapa kerat pengenalan entry. :P

"Pada suatu ketika,di sebuah taman perumahan tinggal seorang lelaki seorang diri."
[akibat kepanasan makan durian la yang banyak mengarut sangat ni]

Isnin sehingga Khamis minggu ini, keluarga saya bercuti ke Damai Laut Resort..atas faktor bimbang akan keadaan 'cucu-cicit' dalam kolam tu saya merelakan diri untuk tidak turut serta demi menjaga aset keluarga.

SELAMAT BERCUTI EMAK, ABAH, ADIK-ADIK..
jangan risau, Harith jaga anak-anak Harith, cucu-cucu abah kat umah,hehe.
^_^


Dipendekkan cerita, bersendirianlah saya selama 4 hari 3 malam bermula kelmarin. =)
Namun, disebabkan kebiasaannya saya bergerak [jenis tak tahu duduk saja tanpa buat apa-apa] membuatkan saya nekad untuk keluar makan angin dengan kuda hitam saya. JOM!!!

JUSTERU, BERMULALAH PERJALANAN PADA HARI INI~~~
Selesai solat Zohor, niat tak boleh lagi dihalang. Terus dicapai beg galas berisi beg plastik dan kunci rumah. Bukan apa, bersedia untuk basah,hehe...lumrah kenderaan tak berbumbung, ye dop? ;)

Mulanya, langit sangat cerah tanpa sedikit pun awan mendung kelihatan.
Tergerak di hati, "eh, takkan tak hujan? bukan setiap hari hujan?"

Jeng jeng jeng...'masin mulut aku'..haha. :D

Perjalanan bermula jam 3 petang setelah 'anak-anak' diperiksa dan diberi makan. Baru sahaja tiba di persimpangan Kampung Batu 7,

"Wow, ini confirm aku mandi atas motor!"
kelihatan awan sudah memuntahkan isi perutnya ke bumi.
Terus muncul rasa ragu di hati.

"ish...patah balik atau teruskan perjalanan ya?"

hati dan fikiran sedang ligat berfikir sebelum membuat keputusan tetapi throttle tak juga dilepaskan. [memang tak boleh lepas, kalau lepas terbabas jawabnya,haha]


Lama juga berfikir sedangkan kenderaan ditunggang terus bergerak..
dan kemudian.... 

HAH!!!!

KEPUTUSANNYA!
satu sama!!!  :P
 Setelah dipastikan tiada barangan mudah basah yang penting di dalam beg....
perjalanan diteruskan juga tanpa perasaan yang berbolak-balik. Sebaik sahaja tiba di Kampung Bakai, bermulalah 'ride-basah' seorang insan bernama Harith bin Sukri.....huehuehue..

[Coklat mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah COCO CRUNCH!!!]

papan tanda tahun bila entah..sekarang dah ada papan tanda tambahan hutan lipur sungai sedim dan hutan lipur ulu paip di atas papan tanda ni.

SUATU KETIKA DAHULU.......[MERIAH KAN?]
 Sebenarnya, hajat di hati nak berkunjung ke Lata Bukit Hijau ni untuk meninjau keadaan terkini lokasi tersebut yang suatu ketika dahulunya menjadi tumpuan ramai. Malah, saya dan keluarga kerap juga ke sana untuk berekreasi bersama-sama pada hujung minggu. Pihak sekolah pun acapkali mengadakan perkhemahan di tempat yang sama. Namun, kali terakhir saya berkunjung ke sana hanya ketika saya masih di sekolah rendah. Bermula dari zaman sekolah menengah sampai sekarang, tempat rekreasi keluarga sudah bertukar ke Hutan Lipur Sungai Sedim. Sungai Sedim/Lata Sedim lebih menarik untuk dikunjungi memandangkan airnya lebih jernih dan dasar sungai tidak berlumut atau dipenuhi daun. Jadi, kami lebih selesa bermandi-manda di Sedim berbanding Lata Bukit Hijau. Tambahan pula, aktiviti menjala anak-anak ikan di sana mendatangkan hasil yang lebih baik berbanding menjala di Hutan Lipur Bukit Hijau.

Tahun berganti tahun, banyak khabar angin yang didengar. Ada kematian sebab lemas.sebab tergelincir, paling gerun apabila disebut kemunculan harimau belang, gajah dan suasana di malam hari....kebenaran kisahnya, wallahualam. Tapi, tak mustahil..biarpun barangkali jelmaan, itu kan hutan simpan? mungkin juga makhluk-makhluk lain yang menjelma sebagai haiwan? Kita tak tahu kan? bukan sempat nak 'switch on' scanner nak tahu betul atau jelmaan andai berlaku tiba-tiba depan mata, fikir nak lari dulu,ngee... =P

Belum lagi sampai ke destinasi, satu set pakaian dari helmet sehingga ke kasut but dah seperti direndam dalam air. Memang tak bercadang untuk mengenakan baju hujan memandangkan gaya menunggang 'hujan tak jadi masalah',hehe.

 Perjalanan mengambil masa sekitar 10-15 minit memandangkan jarak perjalanan hanya 15>18km. Sebaik sahaja sampai ke pintu gerbang......

"erk...nak masuk atau tak ?"

KEADAANNYA AGAK SURAM DAN SERAM!
ditambah dengan bunyi guruh yang kuat dan panahan kilat ketika hujan sangat lebat. =,="

boleh bayangkan??

Pada mulanya agak risau meninggalkan motosikal kawasan parking memandangkan kawasan tersebut agak terpencil. Akhirnya, saya memutuskan untuk terus meletakkan motosikal di kawasan bawah di tepi sungai. Pagar ditutup bagi menghalang kenderaan memasukinya, tetapi terdapat laluan di bahagian tepi seperti laluan motosikal.

Kudaku di tepi sungai.

"Sampai juga aku akhirnya. Dah lama tak datang sini. Suasana terlalu berbeza, seperti kawasan peninggalan ja. Menyeramkan pun ada."

Hujan masih lebat pada ketika itu. ARGH, peduli apa, alang-alang dah sampai takkan nak balik tangan kosong! Hujan pun hujan lah....telefon bimbit dikeluarkan daripada beg plastik dan saya terus bergerak dari satu sudut ke sudut yang lain untuk mengambil beberapa gambar. Inilah hasilnya. :)

MAAF, KAMERA TELEFON HANYA VGA CAMERA. GAMBAR KABUR. TETAPI, LEBIH BAIK DARIPADA TIADA KAMERA, KAN? HEHE...ALHAMDULILLAH... ^_^

Airnya cetek, arusnya tak terlalu deras seperti Sungai Sedim. Sesuai untuk kanak-kanak.

Handset pun dah basah masa ni, itu pasal gambar pun "blur effect" semacam jek,haha

Pokok pun dalam sungai, memang lebat pun hujan setiap hari.
 




Wah, kawasan ni best! dalam paras pinggang gitu.
 

rasa macam lawa plak gambar ni. :P tapi blur sebab tak sedar ada titisan air kat kamera phone.
 
Mulanya teringin nak menyeberang alang-alang memang dah basah. Tetapi, disebabkan tiada pengunjung lain, terasa lain macam pula nak menyebarang. Gambar ni dah increase brightness...kalau pandangan mata...erk,suram......seram....

Sedang khusyuk ambil gambar, tiba-tiba kilat beserta guruh yang sangat kuat berdentum menggegar bumi. Apa lagi yang ditunggu, sudahlah pohon-pohonnya besar dan tinggi-tinggi, dengan suasana yang suram. Bimbang kebarangkalian pohon tumbang atau dahan patah, lebih baik saya mengambil langkah berjaga-jaga. Beg digalas semula. Enjin motosikal dihidupkan dan saya terus bergerak keluar melalui pintu gerbang. Buat pengetahuan kalian, hanya satu pintu masuk ke kawasan ni.

Inilah pintu gerbang Hutan Lipur Bukit Hijau....bandingkan dengan gambar yang saya letakkan di awal entri, lain bukan?

 

 Masa untuk pulang ke rumah semula. Perjalanan pulang diiringi hujan yang lebih lebat daripada hujan ketika datang tadi. Perjalanan keluar dari kawasan rekreasi ke jalan utama sangat sunyi tanpa berselisih dengan sebuah motosikal atau kereta. Ya la, hujan lebat siapa yang nak datang tempat rekreasi,hehe. Dan inilah masanya nak menguji tayar DURO 100/90-19 meredah lopak air yang sangat banyak di atas jalan,hehe. Perkara yang paling dibimbangkan adalah sekiranya anak sungai di kawasan ladang sawit telah melimpah dan membanjiri jalan, lintasan air tersebut arusnya deras. Biarpun motosikal lasak, tetapi dengan berat kenderaan yang terlalu ringan, meredah arus deras banjir sangat merbahaya. Mujurlah sepanjang perjalanan pulang ke rumah jalan raya masih boleh dilalui biarpun beberapa kawasan sudah dinaiki air. Terlintas di fikiran,

"Dulu ketika kanak-kanak, bermain hujan di halaman rumah sangat menghiburkan. Zaman sekolah menengah, berhujan lebat di padang bersama-sama rakan membaling bola sofbol atau menyepak bola suka-suka seperti bermain di kampung menjadi kenangan...dan kini, setelah meningkat dewasa, aku masih lagi seronok bermain dalam hujan dengan cara lain, menunggang 'kuda' ke mana-mana...sudah dewasa sekarang....cepatnya masa berlalu..."

Sekejap sahaja aku sudah tiba ke persimpangan Kampung Binjul/Kg Batu 7. Tergerak di hati untuk menggunakan jalan raya biasa pulang ke Tawar. Sebenarnya tujuan utama nak lihat sama ada jalan sudah dinaiki air atau belum,hehe. Jalan raya di Kampung Batu 7 ni sangat mudah dinaiki air kerana kawasannya terletak dikawasan tanah rendah dan berpaya. Jalan besar yang melintasi kawasan belakang perumahan saya sebenarnya adalah Lebuhraya Kulim-Grik. Jangan ingat kawasan saya hulu ya,hehe. Lebuhraya lagi tu. :P

Tetapi, kawasan tersebut masih selamat untuk dilalui, tiada tanda air akan melimpah. Barangkali hujan di sini tidak selebat hujan di kawasan bukit tadi. Tiba-tiba, perut terasa lapar mengingatkan capati dan roti arab yang sentiasa menjadi tumpuan di sini. Apa lagi, terus lampu isyarat kiri dinyalakan untuk singgah sebentar di "R&R" Kampung Batu 7,hehe.

Beberapa pasang mata memerhatikan saya. Barangkali melihat keadaan saya yang 100% basah ibarat baru keluar daripada kolam renang,haha. Biasalah, adat penunggang motosikal, kan ? :)
Siapa yang belum pernah mencuba roti arab dan capati di sini, boleh lah cuba andai kalian melalui kawasan ini. Jalan biasa ni laluan utama Sungai Petani, Kuala Ketil untuk ke Baling, Grik, atau Kelantan, Terengganu. Mudah untuk dicari, selepas melintasi Sekolah Kebangsaan Binjul yang terletak di sebelah kiri jalan [dari Sungai Petani menuju ke arah Baling], tidak sampai 500 meter warung ini terletak juga berada di sebelah kiri jalan raya.
 
Dari arah Sungai Petani, warung ini agak terselindung di sebalik pokok.

Makcik sedang menguli doh roti arab tersenyum dan ketawa kecil sambil bertanyakan "ambik gambaq ka?" hehe...tolong promote roti arab ngan capati makcik..sedap makcik buat kuahnya, roti pun lembut. THUMBS UP!

 Setelah berbual sebentar dengan makcik tadi, bungkusan roti arab dimasukkan ke dalam beg dan perjalanan pulang diteruskan. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. ^_^
Seronoknya dapat keluar melihat keindahan alam ciptaan ALLAH....indah,cantik, SUBHANALLAH... 



EHM...NAK KE MANA PULA ESOK??? HEHEHE.

Beg, baju sejuk, dan sarung tangan yang basah berjeruk, basah kuyup, basah lencun...haha. kasut dan stoking masih dipakai, jadi tak masuk la dalam set. :P

Thanks Allah for giving me opportunity to have my own bike. You give me the chances to ride anywhere and see the beauty of Your creation, the nature You give us. thanks too for giving me opportunity to share the beauty with my fellow friends.. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH...syukran... =)

selesai mandi dan solat asar....ITADAKIMASU!!! ^_^ BON APPETIT!! HEHE..jemput makan...panas-panas lagi,baru best. ;)

Ke mana destinasi seterusnya? nantikan dalam GET CLOSE TO NATURE 2.. ;)
JUMPA LAGI!! ^_^

Ahad, 21 Oktober 2012

Terima kasih, cikgu!! ^_^

Assalamualaikum…

Selang agak lama tidak berupdate yer....^_^

Fuh... Sekarang, tempoh yang digeruni dalam setiap semester pengajian hampir tiba...
dan sebelum tibanya saat itu,
satu tempoh yang mampu buatkan tidur tak lena, makan tak selera, main tak kena, belajar rasa nak pitam,haaaa...ibarat satu rutin buat pelajar, inilah tempoh minggu ulangkaji yang dilalui sebelum menduduki peperiksaan semester.

Bangun pagi, 
gosok gigi,
terus mandi,
minum kopi~~~

[tiba-tiba teringat lagu masa kanak-kanak dulu,hehe]

alolo...adik ni gosok gigi dengan mata yang masih nak pejam,hehe. Lebih kurang la muka bangun pagi kita-kita dankamu-kamu tu haaaaa.....budak ni lagi comel,haha =P

 Agak-agak, bilakah masa yang sesuai untuk kita ulangkaji ya? 

"SAYA TENGAH MALAM, MASA ORANG LAIN TIDUR"

"TAK BOLEHLAH, SAYA MESTI PAGI-PAGI SEMASA NYAMAN DAN DINGIN TU."

sebenarnya, bila-bila masa pun boleh.

TETAPI~~
tidak sama buat semua.
Masa ulangkaji setiap individu adalah berbeza. 
Jadi, terpulanglah kepada setiap individu untuk memilih masa yang sesuai..=)




Jangankan begini sudah,
"SAYA LANGSUNG TAK ULANGKAJI!!"
haha, INI MEMANG MASALAH!! ^_^

Sebaiknya, gunakanlah waktu pagi untuk mengulangkaji. Disaat minda masih segar setelah tidur yang cukup di waktu malam, lebih mudah untuk mengingat apa yang dipelajari.


Jadi, 
Setelah ayam berkokok menandakan hari dah nak siang, sesudah subuh,  study la yer~
Walaupun sekejap tetapi time tue lah waktu study yang terbaik kan??
Jadi, buka tingkap, buka buku, buka minda.. dan mulakan ULANGKAJI ANDA! (^_^)
[JANGAN PULA BUKA PENDINGIN HAWA DAN BUKA SELIMUT YA!!] 
HAIP!! DAH DAH, BANGUN!!  TIDUR SELEPAS SUBUH MENYEMPITKAN PINTU REZEKI TAHU TAK??
^_^




Bila disebut tentang ulangkaji, teringat pula peperiksaan...
FUH!!
DIAKUI~~
Terlampau takot andai  gagal exam kali ni…
Sangat bimbang andai perlu repeat…
Dan lagi bimbang cita-cita menjadi cikgu  terbang melayang..



STOP!!!

hentikan pemikiran negatif ini. Sekiranya anda juga berfikir begini,hentikan, kerana moraliti anda akan menjunam. 

SEBAIKNYA...

"Ya Allah, Ya Tuhanku,, Kau berikanlah kami kekuatan, kegigihan dan kejayaan dalam kehidupan. Dan berikanlah ketabahan dalam menghadapi sebarang ketentuanMu. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan segalanya"


Ya, usaha, doa dan tawakal. Berdoalah mudahan hati sentiasa diberi ketenangan, minda diberi kekuatan ingatan, jangan lupa juga kesihatan tubuh badan sepanjang mengulangkaji dan peperiksaan.

Bercakap soal ulangkaji, ulangkaji semestinya apa yang telah kita pelajari selama bersekolah, berkuliah, bertutorial bukan? Jadi, dalam setiap sesi interaksi bersama-sama guru/pensyarah, banyak ilmu yang telah dicurahkan. Ilmu tentang kehidupan, ilmu subjek dipelajari dan banyak lagi. 


TETAPI...SATU PERSOALAN YANG INGIN DIBICARAKAN DI SINI.:
ADAKAH ILMU YANG DIPELAJARI ITU DIBERKATI???



[Huhu..takutnya kan kalau ilmu yang ditimba selama tempoh pengajian tak berkat, kan?]


BUAT IBU-IBU, BAPA-BAPA, CIKGU-CIKGU dan PENSYARAH-PENSYARAH
yang telah lama mendidik, membimbing, mencurahkan ilmu, 
mengerah tenaga mendidik anak-anak seluruh dunia,


Cikgu, Encik, Tuan, Puan, 
Berkatilah ilmu yang kalian sampaikan..sesungguhnya, tiada keharmonian dalam kehidupan anak didik seandainya ilmu yang diberikan tidak diberkati.
Takutnya...huhu..

PENTINGNYA KEBERKATAN ITU WAHAI SAHABAT SEKALIAN..

KENAPA??

Ustazah cakap....
"Ilmu yang berkat mengizinkan ilmu itu sentiasa melekat dalam minda kita.."


Sebenarnya...semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin banyak yang kita tak ketahui.
Misalnya, jika manusia merasakan dirinya hebat dapat menemukan bagaimana proses pernafasan manusia bermula daripada menyedut oksigen sehingga menghembuskan karbondioksida. Manusia juga merasakan dirinya hebat apabila dapat memperincikan lagi bagaimana oksigen terhasil dan apa yang terkandung dalam oksigen. 


TETAPI, HEBATKAH MANUSIA UNTUK MENCIPTA OKSIGEN DAN MEMBEKALKANNYA KEPADA SEMUA KEHIDUPAN DI ATAS MUKA BUMI, DI UDARA DAN DI DALAM AIR???

ALLAHUAKBAR..SUBHANALLAH...
tidak sehebat mana pun ilmu yang kita perolehi wahai manusia. 
Sepatutnya, semakin tinggi ilmu, semakin tunduk kita pada Allah SWT kerana semakin kita sedar bahawa segala yang berlaku dan wujud mustahil untuk dicipta dengan sendirinya hanya berteknologikan atas ilmu manusia.

Wow, betapa besarnya topik ilmu bukan? :)



BERBALIK KEPADA KEBERKATAN ILMU

"Ustazah, bagaimana nak dapatkan ilmu yang berkat?"
Comel suara si kecil bertanya semasa menziarahi majlis khatam Al-Quran bersama-sama saudara terdekat suatu tika dahulu.  
Jadi, bagaimana ya untuk dapatkan keberkatan dalamilmu yang kita pelajari?
 

Mari kita baca huraian dibawah. ^_^
1) IKHLAS BELAJAR KERANA ALLAH

 IKHLAS kerana ALLAH dan bukan berniat ingin menunjuk2 kepada sesiapa..
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakkan umatnya mengejar kejayaan dunia dan pastinya di akhirat.
Tapi, terlebih dahulu..
Tepuk dada, tanya selera.. Eh,salah..Tepuk dahi, fikirkan sendiri.baru betul,hehe
 

KENAPA KITA MAHU BERJAYA???
Pastikan..…
Niatlah kerana Allah kerana segala benda yang baik itu akan  dikira sebagai  ibadah.  

dan
Niatlah untuk mendapat kejayaan bagi memartabatkan agam ISLAM di masa hadapan.

2) MINAT ILMU YANG DIPELAJARI

[ALAHAI....TAK SUKA LAH SUBJEK NI !!]


sabar-sabar..jangan terus mengalah ya sahabat...:)
Tak dinafikan ada juga yang belajar sesuatu subjek itu kerana terpaksa..

Terkadang kerana pilihan ibubapa..
  Atau kerana kelulusan akademik sendiri yang tidak melayakkan diri untuk mengambil aliran yang diminati


Namun begitu, harus dibetulkan niat itu. 

 Terapkan secara perlahan2 minat itu di dalam sanubari..
InsyaAllah, MINAT itu akan timbul tidak lama lagi.. :D


Ganbatte!! berusaha!!! ^_^


"Allah tidak memberikan sesuatu kepada kita melainkan yang mampu kita tangani"

Mana tahu, memang rezeki kita amat luas dalam bidang yang mulanya kita tidak minati? 
Atau mungkin sebenarnya ada bakat tersembunyi dalam  bidang baru ini? 
Haa..jadi,jangan terus mengalah okeh!! ^_^

3) SABAR DAN TERUSKAN USAHA

Rakan-rakan..
“Tiada istilah SHORCUT dalam belajar”
Melainkan ada niat jahat nak meniru. Hehe, saya tahu pembaca semua baik-baik belaka, tidak ada niat meniru dalam peperiksaan. ^_^

Rakan-rakan, itu bukan 'shortcut', tapi namanya menempah ilmu yang  tak berkat!

"Fuh...susahnya exam ni, huhu.."
biar usaha sendiri tak apa...



Suatu ketika..
Pesan abang pada saya setelah selesai menjawab peperiksaan suatu ketika dahulu..:
(waktu saya dengan selambanya menjawab “ala~~tiru la sikit2” )


“Jangan nak meniru lah dalam exam.. Fikir dan ingat je.. Kalau kite dapat further study hasil  keputusan cemerlang disebabkan hasil kerja tak bermoral tu,  Sampai bile2 pun hidup tak berkat kalau buat macam tue..”
Oh~~~Kata2 mu memang panas time tue… (^_^)Sentap hati I taw time tu! Hahaha..


Tetapi..akhirnya saya turut akur akan kebenaran kata-kata abang saya..

Sob sob sob,terima kasih abang... ^_^ 
okeyh, buat yang pernah meniru,hentikan okeh?? tak berkat hidup kita di masa depan nanti..

Astaghfirullahalazim.....Ampunkan hambaMu yang kerap cuai ini Ya Allah.. 
Setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan, 
Melihat keputusan peperiksaan hasil kerja kuat dan kesungguhan diri sendiri itu lebih memberi kepuasan dan makna dalam kehidupan berbanding hasil peniruan.



 

Andai gagal sekalipun, beranilah menghadapi kegagalan.
Sekurang-kurangnya, anda telah berusaha bukan? 
dan usaha itu adalah hasil anda sendiri,kan?
mungkin juga usaha itu perlu ditingkatkan pada masa hadapan.
.
Pernah dengar ayat ni???
Kegagalan hanyalah persimpangan ke arah kejayaan
(ayat prinsip hidup feveret waktu kecik.. hehehe)


INGAT!! Nak berjaya, bukan SENANG.. Ia memerlukan usaha berpanjangan..



HAH, INI ANTARA YANG PALING PENTING DALAM MEMPEROLEH KEBERKATAN ILMU

 4) MENGHORMATI GURU DAN INSAN YANG MEMBERI ILMU

Adab adalah anak kunci kepada ilmu..
Imam Malik berkata  : 70% ilmu datangnya daripada adab
DAN
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
 “Kami diperintahkan supaya tawadhu’ kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya (guru atau ulama’)"

Ya, kawan-kawan...
 Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya.  
Pernahkah saudara saudari menghadapi situasi sebegini:

'Guru sedang mengajar dihadapan tetapi murid nakal mengganggu rakan di bahagian belakang kelas.'

Guru  sedang mengajar tetapi murid-murid terus berbual-bual tanpa menghiraukan guru di hadapan. 

Guru sedang mengajar tetapi anda melakukan tugasan lain ibarat mendengar dengan acuh tidak acuh apa yang disampaikan. 

AKHIRNYA~~

"KAMU NI KAN, TAK HORMAT LANGSUNG SAYA MENGAJAR DI DEPAN. MAMAT ASYIK KACAU KAWAN! MURAI ASYIK BUAT KERJA LAIN! SAYA NAK BAGI KAMU ILMU, TETAPI KAMU LANGSUNG TAK HIRAUKAN SAYA, TAK HORMAT SAYA. APA NAK JADI DENGAN KAMU NI!!"


haa..kan cikgu dah marah tu?? aiyok, tak tahu~~ cikgu dah marah.. :)
hmm...kawan-kawan....adakah situasi sebegini patut berlaku di dalam sebuah majlis ilmu?

Tidak....
tidak seharusnya berlaku situasi sebegini. 

Iya, saya tahu adakalanya terlalu bosan kerana memang subjek itu tidak diminati..tetapi sebagai seorang penuntut, apatah lagi seorang MUSLIM, tidak patut mempunyai adab sebegitu rupa. 

Hati guru perlu dijaga sebagaimana guru menjaga dan mendidik kita. Apabila perasaan dan jiwa cikgu kita jaga, perasaan guru yang tenang akan membuatkan proses penyampaian ilmu itu lebih menarik dan lebih berkesan. Malah, ketenangan yang kita wujudkan dalam diri cikgu apabila mengajar kelas kita akan memudahkan kita untuk mengingati pelajaran yang disampaikan, kerana cikgu yang mengajar itu telah memberkati semua anak murid di dalam kelasnya tanpa wujud perasaan terguris atau terluka yang disimpan.


kesiannya....bersukan masa hari olahraga sampai penat..cikgu jugak yang dukung kan..hehe

KENAPA???
sebab ilmu yang diberikan itu dah diberkati !!
haa...hok ni yg kite nok sebut hok mulo tadi..KEBERKATAN ILMU!! ^_^

apabila cikgu dah restu..ilmu yang disampaikan juga akan diberkati...

KESANNYA,
mudah untuk kita memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari.


LAGIPUN..
 menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada pendidik meskipun mereka tidak pernah mengajar kita.
Hormatilah guru seperti mana kita menghormati ibu bapa kita.
Pasti,
Akademik dan akhlak baik mudah terbina, 

dan kejayaan di dunia dan akhirat kelak menanti. INSYA-ALLAH


5) DOA

Jangan lupa untuk sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berDOA. 
Mudahan dikuatkan hati untuk terus beristiqamah dalam menimba ilmu dan pohonlah moga ALLAH menerangkan hati kita agar mudah mendapat kefahaman tentang  ilmu yang baru diperoleh. Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan dan agama kita.

.
DAN
Sentiasalah memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil iaitu BAKHIL ILMU.
 
ilmu kalau kita kongsi takkan luak, malah makin bertambah. ;) 

INGAT!!
DOA tanpa USAHA itu BOHONG....
USAHA tanpa DOA itu SOMBONG.....!!
- Ustaz Azhar Idrus (~_~)


Sabda Rasulullah SAW: 
“Manusia yang mendapat azab paling keras pada hari kiamat ialah orang yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya.” 
-Hadis riwayat Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi-

Jom mulakan ulangkaji kita dengan niat baru hari nie...
Dan jangan lupe... :D




SEKALI LAGI,
Cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, tok guru yang selama ini mendidik dan membimbing saya, halalkan ilmu kalian...anak muridmu tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Dengan izin Allah, suatu hari nanti berbekalkan ilmu yang kalian sampaikan saya akan mengikut jejak kerjaya kalian untuk mendidik anak-anak muda ke arah membina masyarakat ISLAM yang berjaya. Doakan saya.. =)

 ~Sekian~



---> Kepada semua pelajar IPG, matrikulasi, dan sekolah menengah, Semoga Berjaya dalam peperiksaan nanti..
Terutamanya, buat abang saya, Ammar ..
Do Your Best!!! Sem Last dah niee~~ :D
Diriku sentiasa mendoakan mu... (~_~)