BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Sabtu, 6 Oktober 2012

"ILMU TAK KENAL USIA TAW ABANG, " KAN SAYANG, ANIS? ^_^

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah masih sihat walafiat dan diberi kelapangan walaupun sebentar untuk menaip entri blog. ^_^

"haaaa, sapa pulak Anis nih????"
haha..ayat kontroversi..=P nak tahu siapa Anis sayang saya tuh?? teruskan membaca.. ;)



Malam ini, ada majlis bacaan yasin dan tahlil bulanan di rumah jiran. Teratak bernombor 19, Taman Tunku Anum Tanah Merah Jitra. Rezeki hari ini!! =D 

Baik, nak berkongsi cerita akan situasi majlis pada kali ini. Lain daripada yang saya pernah alami sebelumnya, sangat berlainan!! KENAPA??? jeng jeng jeng, haha :P

Setibanya di rumah 19, sekitar jam 9:15 PM, majlis baru sahaja nak bermula dengan para jemputan mulai masuk ke dalam rumah untuk dimulakan acara. Lepas kata-kata aluan tuan rumah, diagihkan buku Yasin kepada setiap tetamu, Yasin pun dah nak mula dengan diketuai Ustaz Ibrahim (ustaz di kejiranan taman ni).

haa....sebaik sahaja dimulakan dengan bacaan

TIBA-TIBA
seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia 2-3 tahun camtu melintas di hadapan saya..
"abang!!"


terus diambilnya buku Yasin dalam bakul, dan berulang-alik di hadapan saya...
"erk....budak ni kenapa" - dalam hati saja lah, hehe....

Apabila bacaan dah bermula, saya mengisyaratkan kanak-kanak tadi untuk duduk di sebelah saya kerana bimbang mengganggu jemaah lain. Erk...dia akur tanpa banyak tanya atau membantah, terus duduk!!


"waaa...budak ni duduk sebelah aku!!" geram sebab comel!! hehe..suka budak-budak..  ^_^

pada mulanya, mata bulat si kecil tadi asyik memerhatikan saya tetapi saya tidak mengendahkannya dan meneruskan bacaan. 


Sedetik kemudian, " yaaasiiin..wal qur aa nil hakiiim"..

AKU TERKESIMA SEKETIKA!!!
 aku berpaling ke arahnya dan hanya tersenyum sambil cuba membetulkan buku Yasin yang dipegangnya...erk,terbalik [upside down] buku tu,hehe..


TAPI, dia marah apabila saya cuba membetulkan kedudukan buku tersebut,haha!! ^^  Kuat jugak dia menjerit 

 "TAK NAK!!" 


sehinggakan bapanya mengarahkan anak kecil tadi untuk diam. hahaha,ngusik pula saya =P

Namun, dalam hati saya.......~ ~ ~ hehe,sabar,saya ceritakan sepanjang entri ini. ^_^
[jeng - jeng - jeng!!!]


Terus dibiarkan dia dengan caranya sendiri. Mula-mula baca Yaasin sekali, kemudian, mula berbaring atas lantai, lastly kepala si kecil tadi diangkatnya dan dilentokkan ke atas ribaan saya....nasib baik tak terasa nak ketawa!! huhu..



biasanya, saya pantang sesiapa sahaja meletakkan kepala di atas riba saya memang saya tolak sebab geli!!! bukan geli yang loya, tapi GELI BAGAI DIGELETEK!! ^_^

jadi, dibiarkan anak kecil tadi melentokkan kepala atas riba saya. Satu sahaja perkataan yang diucapkannya sebelum melentokkan kepala, "uh, mengantuk!!" dan terus baring....hehe.. =P 

"berani budak nih, tak pernah kenal pun tiba-tiba layan macam abang sendiri pula.." getus hati kecilku...

Sehingga beberapa ketika, ayahnya memanggilnya kerana bimbang mengganggu bacaan Yaasin saya. Tetapi sebenarnya saya tidak kisah memandangkan 
MEMANG SAYA SUKA AKAN KANAK-KANAK KECIL!!! COMEL!!! ^_^

comel kan??? rambut si kecil tadi macam ni lah!! cute little girl, VERY CUTE!!! ^_^

apabila bacaan Yaasin selesai, diteruskan pula dengan bacaan Tahlil. Semasa melafazkan kalimah TAHLIL  


anak kecil tadi kembali kepada saya. Kali ini, saat menadah tangan mengaminkan bacaan doa, mulutnya tak henti-henti mengomel..dengan suara anak kecil yang halus dan comel tu, tak habis-habis dia bercakap, 

"ABANG, AMIN LAAA..KENAPA TAK AMIN!!" 

haha, marah dia bila saya menadah tangan dan hanya mengaminkan serentak beramai-ramai dengan jemaah lain beberapa ketika di bahagian-bahagian tertentu dan bukan bersama-samanya.. Iyela, mana tidak saya aminkan, dia minta saya aminkan tanpa henti sepanjang doa!!!  saya senyum sahaja pada dia,hehe..tu saja boleh buat pun, sebab tengah majlis dan Ustaz Ibrahim tengah baca doa nih!!! =P aiyaaa...

"sabar dik!!" - [dalam hati saja , of course :P ]


sambil menadah tangan mengaminkan doa, sebelah tangan membelai rambut anak kecil tadi apabila dilentoknya pada ribaan saya kali kedua. =) comel dengar dia aminkan doa. ^_^

 "manjanya budak nih....padahal tak pernah pun kenal.." 

selesai semuanya, tiba waktu untuk para tetamu menjamu selera. HAH!!
"ABANG!! ABANG!! OOOO ABANG!!! ABANG!!!" 
 
saya ingatkan dia mencari abangnya,tapi rupanya mencari saya!! =P tak henti-henti panggil dan cari sampai ke dalam bilik stor dicarinya apabila disangka saya bersembunyi sedangkan dia mencari di tengah-tengah kelompok kanak-kanak lain tanpa mendongak ke atas. Pada masa tu, saya turut berdiri. Jadi, ketinggiannya yang hanya berada pada aras lutut saya membuatkan dia tidak sedar bahawa yang sebenarnya saya hanya berada sangat hampir, tidak lebih daripada satu meter dengannya. =P. Diperhatikan sahaja gelagat comelnya yang membuatkan saya tersenyum dan tertawa kecil.^_^ ~~ 

SABAR BUAT PEMBACA, BUKAN TUJUAN MENULIS UNTUK CERITA TENTANG BUDAK YANG CUTE,HEHE...


saya duduk sebentar di kerusi sementara memberi laluan buat anak-anak kecil mengambil makanan terlebih dahulu. Dia terus duduk di pangkuan saya. Jadi, inilah peluang untuk saya bertanyakan nama!! ^_^

"nama siapa dik?"
"Anis"-jawabnya ringkas.

setelah makanan diambil dan masing-masing khusyuk makan. 
[Anis yang mulanya tak nak makan pun nak makan jugak apabila saya mengajaknya makan bersama-sama.. =P ]
yang bertambah kelakar adalah apabila kawan saya memanggilnya untuk duduk disebelah...
TETAPI~~ JAWAPANNYA~~~~

"tak mau!! nak abang tu ja, tak mau abang nih!!"
hahaha!! xD tertawa kami berdua dengan gelagat pilih kasihnya!! kasihan kawan saya...siap disuapkan buah tembikai kepada saya..amboi3....Anis..Anis...hehe..terima kasih yer Anis.. ^_^

okeh....berbalik kepada cerita asal....

APA YANG BUATKAN SAYA TERKESIMA SEBENARNYA???

tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari,kawan-kawan sekalian, bayangkan!!! BAYANGKAN~~~~

SEORANG KANAK-KANAK BERUSIA DUA TAHUN.....
 SUDAH BOLEH MENGINGAT SURAH YAASIN!!!"

SUBHANALLAH!!! 

^_^

IMBAS KEMBALI!!
saat kita berada pada usia dua tahun, sudahkah kita boleh menyebut ayat suci al-Quran?? 
nak tahu tanya mak ayah masing-masing,hehe. ^_^ 
Harith boleh tak, mak? =P

betapa mudahnya seorang kanak-kanak yang hati dan mindanya belum dicemari dengan keburukan untuk mengingat ayat-ayat suci al-Quran dengan hanya mendengar...

Ya, semestinya dia tidak tahu membaca apa yang tertulis dalam buku Yaasin!! dan langsung tidak mengerti maksud bacaan biarpun sudah tertera pada buku Yaasin di bahagian bawah setiap ayat. =)  

TERNYATA!!!
bukankah ini janji Allah buat kita dalam menimba ilmu??
adab menimba ilmu, hendaklah dibersihkan hati dan minda daripada perkara yang dilarang oleh Allah, nescaya ilmu akan mudah untuk kita perolehi...nah, kita bagaimana??

"ish,susahnya nak ingat!!! kenapa susah sangat nak hafal nih!!"
 masa exam tuh, semua sangat tekun nak hafal fakta!!! sampai kaki digigit kucing yang datang merengek sebab lapar pun dah tak sedar khabar,hahaha. =P


[eh,kucing oooo kucing...mana kau pergi,aku dah rindu,huhu...]


jadi, sampai nak pitam hafal fakta kan....tak apa, itu namanya cabaran dalam menimba ilmu, hehe. TERUSKAN USAHA!! ^_^


Jadi, peringatan buat pembaca dan buat penulis sendiri terutamanya,

 apa yang telah kita lakukan sehinggakan hati kita buta untuk menghayati ilmu?? 

apa yang telah mencemarkan  minda kita hinggakan terlalu tumpul untuk mengingat ilmu????


JAUHI MAKSIAT!!
in sha Allah akan mudah memperoleh ilmu...

HORMATI GURU!!
adab berguru biar murid yang menunggu guru bagi menyampaikan ilmu..tetapi kini semakin jauh adab berguru diabaikan, guru yang menunggu murid masuk ke kelas, guru yang memberi salam ketika berselisih dengan murid...dan banyak lagi situasi dapat dilihat bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di IPTA!! pensyarah juga cikgu kan???
BERAMAL DENGAN ILMU!!
ilmu apa sekalipun kalau kita belajar tetapi tidak kita amalkan kita pasti akan terlupa!! saya sendiri pun, contohnya dahulu saya tahu serba sedikit bagaimana nak menggunakan Adobe Photoshop Cs5,tapi setelah sekian lama tidak mengamalkannya, kini berapa peratus sahaja ingatan saya terhadap ilmu yang dipelajari...sob3....
KITA BAGAIMANA?? 
 Jadi, dalam entri kali ini, saya mengingatkan diri sendiri, dan juga rakan-rakan sekalian untuk sama-sama kita muhasabah diri. 

Sejauh mana kita memelihara adab dalam menimba ilmu?
Sejauh mana kita mengamalkan ilmu??
dan bagaimana kita memelihara hati dan minda kita supaya dapat menerima dan menghayati ilmu???

renung-renungkanlah...

Adik Anis yang masih kecil, membuktikan kepada saya bahawa hati dan minda yang suci memudahkan kita memperoleh ilmu. 
Jadi,mulai hari ini, jam ini, minit ini, saat ini, detik ini, sama-sama kita jaga 
ADAB MENIMBA ILMU
&
ADAB BERGURU

buat adik Anis, abang doakan mudahan adik meningkat remaja seterusnya dewasa dengan nilai agama yang ada dan terus bertambah..teruskan sikap garang adik tuh!! biar gerun orang nak kacau adik dan mudahan adik terpelihara daripada kerakusan dan kekejaman dunia hari ini...^_^ garang tapi manja...mungkin muka saya macam muka seorang bapa kot....tiba-tiba sahaja mudah sangat mesra dengan saya...[ish, dah tua dah....haha]  ^_^ mana tahu suatu hari nanti tiba-tiba anis jadi anak murid abang di sekolah dan masa tu abang dah menganjak usia tua? =) tak akan dilupa anak kecil yang comel dan petah berkata-kata dan boleh mengingat bacaan YAASIN!!...;-) selAmat beramal semua!! dan selamat menimba ilmu!!
p/s: Saya tidaklah sempurna. Banyak cacat cela dan kesalahan yang saya lakukan sepanjang dilahirkan ke bumi ini. Tetapi, saya berpegang pada satu kata-kata...

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
IMAM HASAN AL-BASRI



0 comments: