BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Sabtu, 29 September 2012

~MANUSIA dan DUGAAN~



Assalamualaikum..

 “Tidak namanya MANUSIA tanpa UJIAN yang melanda”



Melampau budak ni buat muka sedih, tapi naseb baek comell! hehe :D

Kawan-kawan,

Ujian itu asam garam kehidupan!
Ujian itu mematangkan kehidupan!
Ujian itu memberi peluang membina kekuatan dalaman!

Kerana itu:
SENYUMLAH WALAU SEDANG KECEWA KERANA ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA

*KUASA SENYUMAN*

Terkadang senyuman yang belum tentu terbit bersama keikhlasan boleh membawa sedikit ketenangan..

Gunalah ruang bersama rakan-rakan untuk mencipta sedikit kebahagiaan..
Cubalah tersenyum mendengar celoteh dari rakan-rakan
Kerana teramat pasti, waktu keseorangan, tak lain tak bukan, pastinya masalah-masalah yang dihadapi mula menerjah fikiran..

Pesan saya!



*LUAHKAN APA YANG DIRASA*

Tak semua masalah boleh dipendam.
Carilah rakan-rakan, ahli keluarga yang boleh menjadi pendengar setia..
Kadang-kadang tidak diminta untuk mereka memberi nasihat melegakan jiwa..
Tapi cukuplah sekadar menjadi pendengar tentang apa yang kita rasa…

*MENANGIS???*
 
Menangis lah selagi ia bisa menenangkan jiwa kita..
Tapi menangis kerana pakwe or makwe???Errr..maaf…
Mungkin ini bukan cara saya..
Maaflah bagi mereka yang pernah meluahkan rasa hati korang sambil nanges2 tue..
Tapi sejujurnya sangatlah saya tak suka bagi mereka yang membazirkan air mata buat si boyfriend/girlfriend mereka…
(nak moody xpe, tapi jangan sampai bazirkan air mata!)
Menangis mungkin boleh melepaskan perasaan..
Tapi masalah tetap tidak dapat diselesaikan…
Kerana saya percaya JODOH itu ATURAN TUHAN

*INGAT TUHAN*

Sesungguhnya hal ini lah yang utama..
Sangat terkesan dengan cerita Puan Aishah..
Anaknya takkan berhenti membaca Al-Quran sampai la hatinya menjadi tenang..
Alangkah indahnya jika diriku mampu berbuat demikian.. :D
Di saat hati sedang berduka
Pergilah sujud pada-Nya
Hanya Dia yang berkuasa atas segalanya
Teruslah sujud dan berdoa pada-Nya
Moga doamu akan dimakbulkan oleh yang Maha Esa
Sesungguhnya Allah amat suka kita meminta kepadaNya
Berdoalah diberi ketenangan, kebahagiaan dan ketabahan..



 Tak salah kalau amalkan.. kan?? (^_^)

*JAGA PERASAAN ORANG”

Kalau ye pun moody, tak perlu nak libatkan orang laen sekali..

Rosak mood orang lain nanti!
Salah satu pantang larang dalam dalam hidup saya :
“Orang yang tak pandai mengawal emosi diri!”.
Wakto mood dye xokay, semua orang nak marah~
Ini tidak adil! Kih3… ^_^
Sebab tu langkah terbaik, diamkan diri je sampai rasa emosi tu dah stabil ok??.

“MENCARI SENDIRI KEGEMBIRAAN”

Setiap insan ada cara untuk menggembirakan hati sendiri.

Maen game? Layan movie? Layan lagu??Err~~mungkiin tido?? Haha.
Ataupun berblogging macam sekarang ni???
Ye… Lebih baek buat aktiviti yang boleh melupakan segala masalah kita..

“MOTIVASIKAN DIRI SENDIRI”

Orang laen takkan dapat mengubah kita melainkan diri sendiri..

Cubalah sentiasa berfikiran positif…
Ingatkan diri agar terus tabah dengan segala dugaan
Ingatkan diri setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi
Sebab tu banyak status kat FB yang sebenarnya ditujukan buat diri sendiri.
Macam ni~~




Jumlah LIKE tu pun ada makna sebenarnya
Seolah-olah memberi dorongan bt kite..
Betol ni! Err. Bagi saya la… hehehe :D

JADI :
Tak kire apa jua masalah..
-Masalah rakan-rakan??
-Masalah keluarga??
-Masalah pembelajaran??
-Masalah hati dan perasaan??

Atasi dengan akal, bukan perasaan!

TAK SEMUA MASALAH BOLEH DISELESAIKAN..
JADI, AMBIL PENGAJARAN DAN JANGAN DIULANG KESILAPAN!
(^_^)

~Sekian~
-->Blog sendiri dulu telah diDEL atas kebaikan sendiri… So TQ buat Cikgu Harith Sukri sudi invite sy untuk jadi author blog ni sekali… (^_^)

2 comments:

Harith Sukri berkata...

ur welkem..gunakan sepenuhnya..dan sebaiknya.. =)

Izzah Sauti berkata...

InsyaAllah... :D