BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Cuteki widgets
SeLaMaT DaTanG
 



 
 
 
 
 

Sabtu, 29 September 2012

Majukan langkahmu~~~ ^_^

assalamualaikum w.b.t.

 Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian makhluk ciptaan Tuhan?? huehuehue...setelah sekian lama menyepi daripada blogging, tercetus idea untuk hidupkan semula blog ni sebagai blog baru,nama baru, post-post baru.... yang lama semua dah buang,ngee...okeyh,in sha Allah, blog kali ni akan menjadi blog yang lebih banyak diisi dengan perkongsian ilmu, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan penulis, dan sebagainya yang boleh dijadikan tatapan umum, bacaan ringan dan bacaan ilmiah. Kalau harapkan diri sendiri, memang jarang  sangat ber"blogging", jadi wahai cik adik Nur Izzah Sauti,gunakan sepenuhnya untuk blogging kat sini, ganti blog lama yg dah delete,jgn sadis2 sudeh,haha....dan JUGA di jemput siapa-siapa yang nak berkongsi artikel, boleh emelkan kepada hamba Allah dua orang ni...jumpa lagi!! ^_^



CATATAN:

http://dlasweet89.blogspot.com/2012/07/allah-kan-ada.html





Pujuklah hati. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata tidak baik dari mereka. Sabarlah. Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Setiap satu yang berlaku pasti ada hikmah. Hikmah itu rahsia DIA. Kita mencari dan menanti dengan doa. Sesungguhnya, doa itu senjata mukmin.
Ingatlah.

Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita. Mereka tidak.

Dan yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita. DIA faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri kita. Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah? Allah itu ada. Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.

Kita hamba DIA. Serahkanlah diri padaNya. DIA Pengubat Kelemahan. DIA jugalah Pemberi Kegembiraan. Ketenangan itu ada pada DIA. Perlukah kita untuk tidak mencari?
"If Allah is your friend, who dares to be your enemy?"

Pujuklah hati kita dengan mengatakan "Allah kan ada!" ^_^

0 comments: